Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lelaki Tergamak Belasah Ibu Sendiri Gara-Gara Ditegur Bising
Gara-gara ditegur supaya tidak membuat bising, seorang lelaki tergamak belasah ibu sendiri dengan menumbuk bahu dan menarik rambutnya dalam sebuah kejadian di sebuah rumah pagi Isnin lalu, lapor Sinar Harian.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, kejadian dilaporkan berlaku lebih kurang jam 5.30 pagi selepas mangsa meminta suspek untuk senyap dan masuk tidur.
“Bagaimanapun, suspek memarahi mangsa sebelum bertindak menumbuk bahu, menarik rambut dan menolak mangsa sehingga jatuh.
Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang
“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami sakit di bahagian belakang bahu sebelah kiri dan telah menerima rawatan di Hospital Jempol. Mangsa turut disahkan mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Tambah Chang Hook, siasatan mendapati suspek tidak bekerja manakala mangsa merupakan seorang tukang jahit sejak 19 tahun lepas.
“Semasa kejadian suspek dalam keadaan mabuk dan ditahan untuk siasatan lanjut serta direman selama empat hari bermula Selasa.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT),” katanya.
Sumber: Sinar Harian