Bagi yang pernah dan sedang tinggal di rumah bujang, anda pasti tahu bahawa ada banyak momen yang dilalui bersama housemates masing-masing.
Mungkin ada kenangan pahit, yang dah tak mahu diingat atau ada sengketa yang masih tak dapat dilupakan.
Namun walau apa pun, ia tetap menjadi kenangan dan pengajaran untuk semua.
Lain pula dengan kisah Syafi Syahmie ini, dia berkongsi mengenai rakan serumahnya yang sering memasak untuknya dan rakan yang lain walaupun tidak diminta.
Housemate kiriman tuhan
Bukan masak yang biasa-biasa je, makanan yang dimasak rakannya, Wae, tersebut nampak sangat menyelerakan sehingga membuatkan sesetengah warganet ‘cemburu’.
Menurut Syafi, dia dan housemates telah lama tinggal bersama di rumah sewa iaitu dari zaman belajar sehingga masing-masing sekarang sudah mendapat pekerjaan.
Namun, tugas memasak itu bukan sahaja diletakkan ke atas bahu Wae, Syafi menjelaskan bahawa dia dan rakan-rakannya yang lain juga akan sentiasa masak dan kemas bersama.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan reaksi dan rata-rat daripada mereka memuji kebaikan Wae memasak untuk rakan-rakannya.



Sumber: SyafiSyahmie
BACA: Jadi Tumpuan ‘Gamers’, Ini Lubuk Jenama Esports Terkenal Dunia