Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lemas Ketika Teman Nenek Kutip Ulam, Mayat Ditemui Bapa Sendiri

Remaja Lemas Jatuh Sungai
Kredit: Sinar Harian

Lemas Ketika Teman Nenek Kutip Ulam, Mayat Ditemui Bapa Sendiri

Seorang remaja lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dan dibawa arus deras sungai pada Rabu.

Memetik laporan Sinar Harian, ketika kejadian mangsa dipercayai sedang menemani neneknya mengutip pucuk ulam di tebing Sungai Bagan, di Machang.

Mayat Mangsa, Mohd Irfan Abdullah, 13, ditemukan oleh bapa sendiri pada jam 3.30 petang.

Ibu kepada Mohd Irfan meminta jirannya, Nurul Asha Abd Rahman, 39, yang berada di rumah untuk menghubungi bomba berikutan mangsa dibawa arus sungai tersebut.

Menurut Nurul Asha, sebelum itu Mohd Irfan dipercayai bersama nenek dan rakan nenek Mohd Irfan yang kedua-dua berusia kira-kira 60 tahun pergi ke lokasi yang terletak sejauh 50 meter dari rumah mereka.

Lanjutan daripada itu, mereka ke sana untuk mengutip ulaman di bahagian tebing sungai berkenaan.

Mangsa terjatuh dan dibawa arus sungai

“Mohd Irfan duduk bersama adiknya di tebing sungai hendak pergi ke tempat neneknya tetapi dilarang.

“Dia dikatakan sekali lagi cuba pergi ke arah neneknya sebelum tiba-tiba terjatuh dan dibawa arus sungai manakala rakan neneknya yang sedang memetik ulam juga turut sama hanyut,” jelasnya kepada wartawan Sinar Harian.

Tambahnya lagi, bagaimanapun rakan nenek mangsa sempat diselamatkan oleh seorang pemuda yang sedang memancing ikan di kawasan berhampiran, manakala Mohd Irfan dilapor terus hilang.

“Bomba yang menjalankan operasi mencari mangsa dan menemukannya di dasar sungai kira-kira 200 meter dari tempat dia mula-mula hanyut.

“Mayat anak sulung dari lima beradik itu dibawa oleh Pasukan Forensik ke Hospital Machang untuk bedah siasat,” ujar Nurul Asha.

Mangsa disahkan telah meninggal dunia

Menurut Penyelia Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Hasri Hussin berkata, usaha dilakukan dengan teknik pencarian permukaan bersama orang awam.

“Mangsa dijumpai oleh bapanya sendiri yang turut sama dalam misi pencarian ini.

“Kakitangan hospital mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” jelas Hasri.

BACA: Lelaki Ditahan, Bunuh Ibu Guna Tukul Besi & “Safety Boot”

Sumber: Sinar Harian