Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tahun 2024 sudah pun semakin hampir ke penghujungnya dan kita semua pasti perlukan sesuatu untuk meraikan penamat tahun ini, kan?
Yelah, selepas hampir sepanjang tahun asyik kerja, kerja dan kerja je, inilah masanya untuk kita luangkan sedikit masa dengan aktiviti-aktiviti yang gempak.
Tapi kalau korang tak tahu nak buat apa dan tak ada masa nak fikir nak ke mana, apa kata korang layan je satu pesta muzik yang bakal berlangsung tak lama lagi?

Pesta Muzik ini bukan sembarangan pesta tau. Penganjur siap kumpulkan artis-artis tempatan yang ternama dan bertaraf legenda lagi.
Pesta muzik paling gempak hujung tahun ini
Selain artis bertaraf legenda iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza, ada juga Jaclyn Victor, Phei Yong, Siti Nordiana, Tomok, Joe Flizzow, DOLLA, Priscilla Abby, 3P, Firdhaus, Bunkface, dan ramai lagi.
Masing-masing ada lagu menarik dan vokal yang mantap untuk menghiburkan korang semua. Confirm, dijamin meriah sangat-sangat.
Tapi pesta muzik ini kan berbeza dengan pesta muzik yang lain, sebab tiketnya tak dijual kepada sesiapa pun.
Haa, pelik kan? Kalau tak jual tiket, apa gunanya buat pesta muzik? Macam mana peminat nak datang support, kan?
Nanti dulu, pesta muzik yang kami maksudkan adalah Pesta Muzik CUCKOOTOPIA yang dibawa khas oleh jenama Pencipta Kediaman Sihat CUCKOO sempena ulang tahun ke-10 mereka.
Pesta muzik ini akan berlangsung pada 16 November di Surf Beach, Sunway Lagoon bermula jam 5.00 petang.
Tiket tak dijual, tapi boleh menang secara percuma
Dan memang betul, tiket ke pesta muzik yang sangat best ini tidak dijual kepada orang ramai. Sebaliknya, akan diberikan secara PERCUMA sahaja kepada para pemenang yang bertuah.
Caranya korang kena sertai Peraduan #SAMASAMA XTRA FUN Snap to Win yang berlangsung dari 11 Oktober.
Nak sertai peraduan ni mudah je. Korang kena cari CUCKOO’s Airplane yang diletakkan di Terminal Sekinchan (Waze link – Sekinchan Airplane).

Dah jumpa CUCKOO’s Airplane tu, korang kena ambil gambar sekreatif yang mungkin.
Kemudian, muat naik di Instagram Story atau feed dan sertakan sekali tanda pagar #CUCKOO10thAnniversary. Paling penting, jangan lupa tag @CUCKOO_OFFICIAL.
Selesai, mudah je kan? 60 pemenang bertuah akan dipilih dan dimaklumkan sendiri oleh CUCKOO nanti.
Wajib sertai peraduan, boleh menang hadiah sehingga RM53,000
Yang bestnya, selain dapat tiket ke Pesta Muzik CUCKOOTOPIA, korang juga boleh menang pelbagai hadiah menarik lain yang bernilai sehingga RM53,000.


Pemenang hadiah utama peraduan ini pula akan membawa pulang Periuk Serbaguna Berganda Bertekanan Tinggi CUCKOO JHT10 yang bernilai RM3,000, dua keping tiket Pesta Muzik CUCKOOTOPIA dan CUCKOOTOPIA Edition CUCKOO x Step8ight Tote Bag.
Tapi, takkan 60 orang pemenang je? Macam mana dengan yang lain?
Jangan bimbang, ada banyak lagi mini games yang CUCKOO anjur dan korang boleh sertai. Semua aktiviti ini ada disediakan tiket ke Pesta Muzik CUCKOOTOPIA tau.
Nak tahu lebih lanjut tentang semua mini games #SAMASAMA XTRA FUN, korang boleh layari laman web rasmi CUCKOO.
Jangan lupa, follow juga media sosial CUCKOO seperti Facebook, Instagram dan TikTok sebab semua maklumat terkini tentang mini games akan dikongsikan disana.
Okay, jumpa nanti di Pesta Muzik CUCKOOTOPIA!