Terkini

Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
linkin park vokalis baharu
Kredit: Linkin Park

Linkin Park Perkenal Vokalis Baharu

Azizah Najib

Linkin Park Perkenal Vokalis Baharu

Setelah sekian lama menyepi, Linkin Park kembali memeriahkan pentas muzik dengan memperkenalkan vokalis baharu dalam kumpulan mereka iaitu Emily Armstrong yang juga merupakan pengasas kumpulan muzik Dead Sara.

Pengumuman tersebut dibuat ketika persembahan secara langsung kumpulan itu pada Khamis. Kemunculan ahli baharu ini turut disertai Colin Brittain sebagai drummer. Colin merupakan sosok terkenal dalam dunia muzik rock sebagai penggubah lagu dan penerbit bagi G Flip, Illenium dan kumpulan dari Jepun, One OK Rock.

Dengan kemunculan kedua-dua ahli baharu ini, Linkin Park kini memulakan kembali langkah mereka merakam album terbaru berjudul From Zero yang bakal dijual di pasaran 15 November nanti. Album ini merupakan album penuh pertama kumpulan itu semenjak mereka kehilangan Chester Bennington pada 2017.

BACA: Green Day Umum Bakal Adakan Konsert Di Malaysia

Dalam pada itu, mereka telah ‘menghadiahkan’ satu lagu baharu yang dinyanyikan bersama Emily, The Emptiness Machine, yang kini boleh didengar menerusi saluran YouTube serta platform muzik yang lain. Lagu tersebut merupakan salah satu daripada 11 lagu yang diterbitkan dalam album mereka.

Vokalis baharu kelihatan serasi bersama aura Linkin Park

Melihat kesungguhan Emily dalam beberapa video nyanyiannya bersama Mike Shinoda, dia kelihatan selesa dan dapat menyampaikan lagu-lagu lama Linkin Park dengan sangat baik. Malah menerusi video muzik rasmi The Emptiness Machine, kehadiran suara Emily tidak langsung menyebabkan Linkin Park hilang identiti tersendiri mereka.

Biarpun masih ramai peminat yang tidak dapat menerima pemergian Chester, masih ada juga peminat kumpulan ini yang menyambut kedatangan vokalis wanita itu dengan tangan terbuka.

“Terima kasih kerana meneruskan warisan Chester. Selamat datang Emily,” ucap salah seorang peminat di laman Instagram kumpulan rock itu.

BACA: Pilu, Ibu & Kakak Mariah Carey Meninggal Dunia Hari Sama

“Kepada yang mengkritik, Linkin Park tidak berkait dengan kebencian. Beri Emily peluang. Dia sememangnya (penyanyi) hebat dan bukan (sebagai) pengganti Chester. Tiada siapa boleh gantikan (mendiang). Tetapi dia memastikan muzik (Chester) hidup. Jadi mari raikan,” kata seorang lagi warga maya.

Berikutan kemunculan baharu ini, kumpulan rock lagenda ini turut mengadakan jelajah ke seluruh dunia dengan mendarat di Korea Selatan pada 28 September ini.

Selamat datang diucapkan kepada Emily dan Colin.

Sumber: Linkin Park, Spotify