Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lori Bawa Muatan Telur Terbalik, Penduduk ‘Borong' Sampai Licin

Lori telur
Kredit: Tiktok @worosableng23

Lori Bawa Muatan Telur Terbalik, Penduduk ‘Borong' Sampai Licin

Baru-baru ini tular puluhan penduduk berpusu-pusu mengutip telur ayam yang bertaburan di jalan selepas sebuah lori kecil membawa muatan telur terbalik.

Difahamkan, kejadian dilaporkan terjadi di Desa Kutawis, Kecamatan Bukateja, Kabupaten Purbalingga, Jawa Tengah, pada Ahad.

Menerusi klip yang dikongsikan di media sosial, memaparkan orang ramai mengutip telur yang masih berada dalam keadaan baik, dipercayai untuk dibawa pulang.

Pemilik muatan, Arif, menganggarkan kerugiannya mencecah sekitar Rp10 juta hingga Rp13 juta akibat telur yang diambil penduduk.

Bagaimanapun, Arif berkata beliau tidak mahu menimbulkan konflik dengan penduduk memandangkan dia melalui kawasan tersebut setiap hari.

Dia berharap agar penduduk yang mengambil telur tersebut dapat memulangkannya semula.

“Saya juga sudah berkomunikasi dengan pihak pemerintah desa.

"Kepala dusun akan membantu berkomunikasi agar telur yang diambil warga boleh dikembalikan,” katanya.

“Tidak apa-apa ambil satu atau dua kilogram.

"Tapi tolong yang membawa sampai satu atau dua peti (bekas) agar dikembalikan, saya juga hanya masyarakat yang sedang usaha,” katanya.

Menurut Arif, beliau telah berhubung dengan pihak pemerintah desa bagi membantu usaha memulangkan semula telur yang diambil, dan kepala dusun akan membantu proses komunikasi dengan penduduk terlibat.