Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lumba Kura-Kura Dan Arnab Curi Perhatian, Netizen Berseloroh 'Ingat Dalam Dongeng Je Kura-Kura Menang'

DONGENG
Kredit: Threads/ @nuriffah_nazirah

Lumba Kura-Kura Dan Arnab Curi Perhatian, Netizen Berseloroh 'Ingat Dalam Dongeng Je Kura-Kura Menang'

Kisah perlumbaan antara kura-kura dan arnab yang selama ini hanya dikenali menerusi cerita dongeng seolah-olah menjadi kenyataan apabila satu rakaman video memaparkan haiwan itu berlumba tular di media sosial.

Menerusi satu hantaran di Threads, pengguna dikenali sebagai @nuriffah_nazirah berkongsi video yang memaparkan seekor kura-kura berjaya menamatkan perlumbaan lebih awal berbanding seekor arnab.

"Kura-kura menang wehhh. Ingatkan dalam cerita dongeng je kura-kura menang," katanya menerusi kapsyen hantaran tersebut.

Video itu mengundang pelbagai reaksi lucu daripada warga maya yang rata-ratanya mengaitkan situasi tersebut dengan kisah dongeng popular 'Arnab dan Kura-Kura'.

Seorang pengguna, @imnaolah, berkata dia terus teringat buku cerita yang sering dibaca ketika zaman kanak-kanak.

"Hahahaha wehh teringat buku cite zaman dulu-dulu tu. Tapi kita tengok ni, kita geram rasa nak tarik arnab tu," ujarnya.

Sementara itu, pengguna @aureayras berpendapat arnab berkenaan tewas kerana terlalu mudah hilang fokus, berbeza dengan kura-kura yang terus bergerak ke hadapan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

"Rabbit cepat distracted, kura-kura nonchalant jalan je straight," menurutnya.

Tidak kurang juga yang berseloroh mendakwa kedua-dua haiwan itu sudah berpakat sebelum perlumbaan bermula.

"Dorang dah berpakat ni. 'Kura-kura, aku bagi kau menang nanti kau carikan aku makanan'," kata @almiyaz.my sambil berseloroh.

Perkongsian video berkenaan terus mencuit hati warga maya dengan ramai menyifatkan ia seolah-olah menghidupkan semula pengajaran daripada kisah dongeng klasik bahawa usaha yang berterusan dan tidak mudah berputus asa mampu membawa kepada kejayaan.