Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Macam “Thesis”, Tajuk “Asignment” Budak Sekolah ‘Pondok’ Di Indonesia Ini Buat Ramai Ternganga

Edayu

Tidak dinafikan, ketika berada di peringkat sekolah menengah banyak subjek yang memerlukan pelajar melakukan pembentangan di hadapan murid lain, seperti diperingkat universiti juga. Bagaimanapun, di peringkat lebih rendah ini, biasanya tajuk-tajuk yang diberikan tidaklah terlalu “advance” dan boleh difahami sesuai dengan peringkat umur pelajar itu.

Lain pula yang berlaku di salah sebuah sekolah agama di Indonesia ini, apabila tajuk-tajuk perbentangan subjek Sejarah pelajar-pelajarnya memang sangat luar biasa. Ia dilihat seolah-olah menyamai atau lebih baik daripada tajuk pembentangan sesetengah pelajar di universiti.

Difahamkan, projek pembentangan ini merupakan projek akhir untuk Penyampaian Kertas Pelajar SMA At-Taqwa (PRITAC) untuk kategori batch 4. Memetik daripada Facebook PRISTAC, seramai lima orang pelajar akan membentangkan kajian masing-masing setiap minggu.

Apa yang menarik perhatian ramai apabila melihat tajuk-tajuk perbentangan yang dikatakan mengalahkan tajuk thesis pelajar universiti. Bila dilihat pada tajuk, tidak mustahil pelajar ini perlu melakukan kajian atau pembacaan yang mendalam terlebih dahulu.

Maka, tak hairanlah ada di antara mereka yang berpeluang untuk membincangkan tajuk pembentangan mereka bersama pengarang sesebuah buku apabila memilih untuk mengulas pemikiran yang cuba disampaikan oleh pengarang buku tersebut.

Tidak dinafikan membuat penulisan ilmiah bukanlah satu perkara yang mudah bagi kebanyakan orang. Lebih-lebih bagi mereka yang baru berusia belasan tahun. Apatah lagi, pembentangan ini juga perlu dibuat di hadapan orang ramai termasuk ibu dan bapa mereka sendiri.

Mari kita lihat senarai tajuk yang pelajar-pelajar ini perlu bentangkan.

Memetik daripada kenyataan yang dikongsikan di Facebook itu lagi, ada juga yang berkata mungkin tajuk yang mereka dapat dianggap ‘berat’ dan melampaui standard persekolahan semasa. Namun, dengan berkat usaha dan bimbingan para guru, para pelajar ini dapat melaluinya dengan baik.

Pembentangan ini juga membuktikan bahawa usia muda tidak menghalang untuk mereka membicarakan topik-topik ‘berat’ dan kritikal, yang sebahagiannya memang menjadi polemik dalam masyarakat hari ini.

Sumber: PRISTAC