Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Madinah Dilanda Badai Pasir, Jemaah Cemas Cari Perlindungan

Madinah Dilanda Badai pasir
Kredit: miftah.kharmain

Tular di media sosial video memaparkan Kota Madinah dilanda badai angin bersama pasir dan hujan rintik selepas waktu solat Isyak pada Selasa.

Menerusi hantaran video oleh @miftah.kharmain di Instagram, dia berkongsi keadaan di dalam Masjid Nabawi di Madinah ketika badai pasir sedang melanda.

Ramai jemaah yang sedang berada di perkerangan Masjid Nabawi kelihatan berlari mencari tempat berlindung daripada tiupan badai, namun beberapa jemaah yang sedang menunaikan solat sunat tetap meneruskan ibadah mereka.

Madinah Dilanda Badai Pasir

“Selepas solat Isyak pada Selasa, berlaku ribut pasir di Madinah. Memang ketika musim panas, ribut pasir sering berlaku.

“Jadi para jemaah umrah yang berkunjung atau sedang berada di Madinah, bolehlah menyediakan pelitup muka sebagai persediaan,” kata @miftah.kharmain di ruangan kapsyen.

Sementara itu, Pusat Meteorologi Nasional (NCM) Arab Saudi telah mengeluarkan 'Amaran Tahap Merah” pada Rabu berhubung jangkaan hujan lebat di beberapa kawasan wilayah Makkah, lapor Anadolu.

Amaran itu dikeluarkan menerusi notis Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi susulan jangkaan keadaan cuaca buruk di kawasan berkenaan.

Jabatan turut menggesa penduduk supaya berwaspada ketika hujan dan mematuhi panduan serta arahan keselamatan yang dikeluarkan pihak berkuasa.

Orang ramai turut dinasihatkan supaya menjauhi kawasan yang dinaiki air, lembah dan empangan demi keselamatan.

Amaran Tahap Merah merupakan amaran tertinggi yang dikeluarkan pusat berkenaan dan digunakan apabila keadaan cuaca yang memerlukan tahap berjaga-jaga paling tinggi dijangka berlaku.

Wilayah Mekah turut mengalami keadaan cuaca tidak menentu dengan hujan pada tahap berbeza sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Menurut laporan cuaca NCM, ribut petir sederhana hingga kuat disertai hujan lebat berpotensi berlaku di beberapa kawasan di wilayah Jazan, Asir, Al-Baha, Mekah dan Madinah.

Keadaan itu turut boleh disertai hujan batu serta angin kencang yang membawa debu dan habuk.

Kabus juga dijangka terbentuk pada waktu malam hingga awal pagi di beberapa kawasan tersebut.

Sementara itu, awan hujan petir bersama angin kencang berpotensi berlaku di beberapa kawasan di Hail, Tabuk, Al-Jawf, Sempadan Utara, Najran serta bahagian selatan wilayah Timur dan Riyadh.

Intipati
  • Video tular menunjukkan badai pasir melanda Madinah selepas solat Isyak pada Selasa.
  • Jemaah di perkarangan Masjid Nabawi kelihatan berlari mencari tempat berlindung.
  • NCM mengeluarkan Amaran Tahap Merah berhubung jangkaan hujan lebat di Makkah.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan