Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Madrafataha Dilapor Hilang Ketika Ambil Makanan Di Kereta

Iqbal Yasir
Madrafataha Dilapor Hilang
Gambar: Polis

Madrafataha Dilapor Hilang Ketika Ambil Makanan Di Kereta

Seorang remaja perempuan, Madrafataha Indal Bangsawan, 12, dilaporkan hilang sewaktu keluar dari rumahnya di Lorong Batu Nilam 1B, Bandar Bukit Tinggi 1, Klang, lapor Sinar Harian.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, pihak polis menerima maklumat berhubung kehilangan mangsa selepas ibunya membuat laporan pada jam 8.59 malam.

Maklum Cha Hoong, mangsa ketika kejadian dipercayai ingin mengambil makanan di dalam kereta yang diparkir di bawah rumah flat setelah disuruh ibunya.

“Mangsa yang turun seorang diri bagaimanapun tidak pulang.

“Kira-kira jam 3 petang, ibunya telah mencari di kawasan sekitar parkir kereta, namun anaknya tidak ditemui sebelum membuat laporan polis,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Berikutan itu, satu kertas siasatan enkuiri polis orang hilang telah dibuka oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan bagi siasatan lanjut.

Madrafataha bersosok kurus, kulit cerah, ketinggian kira-kira 150 sentimeter dan rambut paras bahu.

Kali terakhir mangsa dilihat memakai pakaian kemeja-T sukan warna hijau serta seluar trek hitam.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta untuk salurkan terus kepada IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

BACA: Fenomena Air Pasang Besar Di Pulau Pinang 18 Hingga 21 Oktober

BACA: Tak Sedar Dalam Rakaman ‘Eksperimen Sosial’, YouTuber Amerika Kagum & Puji Rakyat Malaysia

BACA: Polis Mulakan Siasatan Kes Buli Anak Penyanyi

Sumber: Sinar Harian