Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Mahasiswa Maut Dalam Perjalanan Ke Kampus

Hannah
mayat setapak
Sumber: BERNAMA

Mahasiswa Maut Dalam Perjalanan Ke Kampus

JASIN, 2 Dis (Bernama) — Seorang mahasiswa maut ketika dalam perjalanan ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Jasin selepas motosikal ditunggang bertembung sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Kilang Berapi, Merlimau di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Jasin DSP Ahmad Jamil Radzi berkata dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, Muhammad Irfan Roslan, 20, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Siasatan awal mendapati motosikal dipandu mangsa dipercayai terbabas dan masuk ke arah jalan bertentangan sebelum terlanggar SUV berkenaan yang datang dari arah Jasin menghala ke Merlimau.

“Pemandu SUV berkenaan yang juga seorang kontraktor berusia 39 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata anak keempat daripada lima beradik itu merupakan pelajar jurusan Kejuruteraan Maklumat Komputer di universiti berkenaan.

Mayat di bawa ke Hospital Jasin untuk bedah siasat manakala kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

BACA: Trak ATM Tergelincir Redah Banjir, Kejadian Tidak Libatkan Calon SPM

BACA: JPS Keluarkan Amaran Banjir Terkini, Penduduk Setempat Diminta Waspada

BACA: Banjir: Lima Keluarga Berdepan Detik Cemas Kenderaan Dinaiki Dihanyutkan Arus Deras

Sumber: BERNAMA