Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MAIS Prihatin: Beri Bantuan Pengecualian Dan Pengurangan Sewa Kepada 107 Penyewa Yang Terkesan Berjumlah Rm1.1 Juta

SHAH ALAM, 22 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) prihatin dengan keadaan penyewa yang terkesan COVID-19, telah memberi kelonggaran dengan memberi bantuan pengecualian dan pengurangan sewa kepada 107 penyewa premis/tanah MAIS membabitkan nilai keseluruhan sewaan sebanyak RM1,123,545.90.

Bantuan pengecualian dan pengurangan sewa ini kepada penyewa-penyewa premis/tanah MAIS yang terkesan melibatkan peniaga runcit/peniaga industri kecil dan sederhana sepanjang bulan Januari sehingga Ogos 2021 berikutan penularan wabak COVID-19.

Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS

MAIS mengambil inisiatif dengan memberi bantuan pengecualian sewaan kepada penyewa-penyewa yang didapati terkesan terutama golongan B40, peniaga-peniaga kecil yang terjejas sumber pendapatan, mereka yang dibuang kerja dan individu yang hilang punca pendapatan.

Manakala pengurangan sewaan membabitkan potongan sewa sebanyak 50% atau 30 % kepada penyewa-penyewa yang terpilih berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa sebelum ini.

Pihak MAIS berharap dengan pengecualian sewaan ini dapat meringankan beban mereka terutamanya kepada peniaga-peniaga kecil dan sederhana yang terjejas hasil pendapatan akibat daripada pelaksanaan PKP dan penularan wabak COVID-19.