Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kekadang dalam kesibukan menguruskan anak-anak kecil di rumah, kita terlupa kita juga pernah dibesarkan oleh dua insan yang paling mulia. Ya, kasih sayang ibu bapa tidak bertepi.
Ibu bapa adalah insan yang pertama bagi seseorang anak untuk merasa dilindungi. Kehadiran anak adalah impian untuk ibu bapa. Ditatang dengan hati yang murni serta belai dengan kudrat yang ada.
Namun, mampukah kita sebagai anak membalas jasa mereka? Ikuti perkongsian daripada Dr Nimelesh di laman Twitternya mengenai seorang ‘pakcik’ yang sanggup berjalan jauh untuk ke hospital menjalani rawatan.

Menurut Doktor ini, beliau ada bertanyakan kepada pakcik ini mana anak dan kenapa tidak suruh mereka sahaja yang hantarkan? Namun ini jawapan pakcik ini.
Anak semua dah pindah ke Kuala Lumpur. Mereka pulang bila waktu cuti sahaja. Isteri dah meninggal. Jadi atuk ni tinggal berseorangan. Nasib baik ada jiran datang melawat sekali sekala, tak lah rasa keseorangan.

Jelasnya, orang tuan sebenarnya tengah berbohong kerana mereka tidak ingin menyusahkan anak mereka sehingga akhir hayatnya. Jika sesekali kita sebagai anak, bawalah ibu bapa pergi melancong, tidak perlu jauh-jauh. Dekat pun mereka dah berbesar hati.


Masih ada lagi yang malu memegang tangan maknya semasa melintas jalan, tapi tak tahu malu memegang tangan anak dara orang lain pula.

Sumber: Dr Nimelesh