Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
masjid surau bebas pengaruh politik sultan selangor
Kredit: Bernama

Masjid, Surau Perlu Bebas Pengaruh, Cengakaman Politik - Sultan Selangor

BERNAMA

Masjid, Surau Perlu Bebas Pengaruh, Cengakaman Politik - Sultan Selangor

SHAH ALAM, 28 Jan (Bernama) -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menegaskan bahawa masjid dan surau di negeri ini hendaklah bebas sepenuhnya daripada pengaruh dan cengkaman politik kepartian, serta tidak boleh dijadikan medan untuk meraih sokongan atau kepentingan peribadi mana-mana ahli politik.

Baginda bertitah masjid bukan gelanggang politik, jauh sekali tempat untuk menyemai kebencian dan perpecahan dalam kalangan umat Islam, sebaliknya berperanan sebagai pusat ibadah, dakwah dan penyatuan ummah.

“Beta sama sekali tidak membenarkan ahli-ahli politik yang cuba berselindung di sebalik ceramah agama dan menggunakan surau serta masjid untuk kepentingan agenda politik masing-masing.

“Beta juga tidak mahu dengar ada dalam kalangan nazir dan ahli jawatankuasa masjid dan surau yang terlibat secara langsung dalam politik kepartian, termasuklah memegang apa-apa jawatan politik, dan dalam masa yang sama dilantik untuk menjadi nazir dan imam masjid dan surau kerana perkara ini boleh menjejaskan keharmonian ahli kariah setempat,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Nazir-Nazir dan Imam-Imam Masjid melibatkan 850 orang dari seluruh negeri Selangor di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Klang.

Sultan Sharafuddin bertitah bahawa jawatan nazir dan imam bukanlah jawatan politik untuk direbutkan bagi kepentingan peribadi, sebaliknya satu amanah yang akan dipersoalkan di hadapan Allah kelak.

Sehubungan dengan itu, baginda menegaskan tidak mahu menerima sebarang aduan berkaitan perebutan jawatan dalam pengurusan masjid dan surau kerana ia hanya akan mencetuskan perasaan tidak puas hati, permusuhan serta perpecahan dalam kalangan umat Islam.

“Beta tidak mahu orang-orang Melayu berpecah-belah hanya kerana gilakan jawatan dan tamakkan kuasa yang akhirnya nanti akan merugikan bangsa Melayu itu sendiri,” titah baginda.

Menyentuh aspek kewangan, Sultan Sharafuddin menegaskan bahawa pengurusan dana masjid dan surau hendaklah dilaksanakan dengan penuh amanah, ketelusan dan integriti, serta mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Justeru, baginda mahu laporan kewangan dikemukakan setiap empat bulan bagi memastikan tadbir urus yang baik dan mengekalkan kepercayaan awam.

“Beta tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk penyelewengan dana masjid dan surau kerana wang masjid ialah hasil sumbangan orang ramai dan milik orang Islam, maka wang tersebut hendaklah digunakan sebaik mungkin untuk manfaat umat Islam dengan berpandukan hukum syarak.

“Beta tidak mahu agama Islam ini dipandang serong oleh penganut agama lain. Cukup-cukuplah kesucian agama Islam dicemari dengan kisah-kisah penyelewengan yang melibatkan orang Melayu Islam sehingga ada dalam kalangan mereka yang telah diheret ke mahkamah akibat amalan rasuah, penyelewengan wang dan salah guna kuasa,” titah baginda.

Sumber:BERNAMA