Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Masuk Umur 40, Lelaki Mula Cari SUV” - Perkongsian Ini Buat Ramai Netizen Setuju

SUV
Gambar hiasan. Kredit: CarsAround

“Masuk Umur 40, Lelaki Mula Cari SUV” - Perkongsian Ini Buat Ramai Netizen Setuju

Setiap fasa kehidupan biasanya hadir bersama perubahan keutamaan.

Jika suatu ketika dahulu ramai lelaki mengimpikan kereta sport yang rendah dan bergaya, apabila usia semakin meningkat, pilihan itu dikatakan mula beralih kepada sesuatu yang lebih praktikal seperti SUV.

Perkara itu menjadi perhatian ramai selepas seorang pengguna Threads, @adnanqayyum_, berkongsi pemerhatiannya mengenai perubahan citarasa lelaki apabila mencecah usia 40 tahun.

“At 40, bila lelaki start tengok SUV instead of kereta lowered sporty. Welcome to pakcik-pakcik club. Kita semua dah tua,” katanya dalam satu hantaran di Threads malam tadi.

Perkongsian tersebut nyata mencuit hati warga maya apabila ramai mengakui mereka turut melalui perubahan yang sama seiring pertambahan usia dan komitmen hidup.

Menurut seorang pengguna, @wthilmi, walaupun kini menggunakan SUV, jauh di sudut hati dia masih merindui pengalaman memandu sedan yang pernah dimilikinya.

“Saya pakai SUV, tapi sampai sekarang masih tak berapa menjiwai SUV. Kadang terkenangkan sedan yang lama haha. Adakah ini FOMO?” ujarnya.

Membalas komen itu, @adnanqayyum_ berkata kemungkinan minat terhadap kereta berprestasi tinggi masih belum benar-benar hilang.

“Jiwa kelajuan yang tak setel lagi kut,” balasnya secara berseloroh.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, @ariffamin_southpawstudio, berkata perubahan pilihan kenderaan yang dibuatnya banyak dipengaruhi oleh keperluan keluarga.

“Saya nak angkat MT15, tak jadi. Akhirnya ambil ADV160 sebab senang bawa dua ketul, seorang enam tahun dan seorang lagi 10 tahun. Seorang depan, seorang belakang,” katanya.

Mengulas perkara itu, @adnanqayyum_ berkata dia sendiri kini sedang mempertimbangkan motosikal yang lebih praktikal.

“Haah betul. Duk intai Zontes 368 jugak ni,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna, @eidriss7, mengakui dia sebenarnya sudah lama meminati SUV walaupun belum memasuki fasa usia tersebut.

“Aku before reaching that stage memang suka SUV. Baikkkk sikit,” katanya berseloroh.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat perubahan itu bukan kerana faktor usia semata-mata, sebaliknya disebabkan tanggungjawab yang semakin bertambah.

Ramai beranggapan apabila sudah berkeluarga, aspek seperti ruang yang luas, keselesaan penumpang, keselamatan anak-anak dan kemudahan membawa barang menjadi keutamaan berbanding kelajuan atau penampilan sesebuah kenderaan.

Walaupun sekadar gurauan, perkongsian tersebut mengundang senyuman ramai kerana menggambarkan bagaimana keutamaan seseorang boleh berubah mengikut perjalanan hidup.

Apa yang dahulunya menjadi impian mungkin bertukar kepada sesuatu yang lebih praktikal apabila tanggungjawab semakin besar.