Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Mayat Lelaki But Kereta
Gambar: Video Tular

Mayat Lelaki Ditemukan Dalam But Kereta, Polis Tahan Dua Suspek

Iqbal Yasir

Mayat Lelaki Ditemukan Dalam But Kereta, Polis Tahan Dua Suspek

MERSING, 29 Dis (Bernama) — Polis menahan dua individu bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat seorang lelaki tempatan di dalam but sebuah kereta di Kilometer 26, Jalan Jemaluang-Kahang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Mersing Supt Abdul Razak Abdullah Sani berkata mayat lelaki berumur 28 tahun itu, ditemukan dalam keadaan lengkap berpakaian di dalam kereta jenis Proton Waja berwarna hitam miliknya dengan kesan kecederaan di leher.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam berhubung penemuan kereta itu dalam semak di tepi jalan berkenaan pada 1.50 tengah hari, sebelum bergegas ke lokasi kejadian bagi melakukan pemeriksaan.

“Bertindak atas maklumat risikan, pasukan siasatan khas yang ditubuhkan telah berjaya membuat tangkapan ke atas seorang lelaki dan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian itu, pada 4.30 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kedua-dua suspek berusia 33 dan 35 tahun itu, ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, kerana kesalahan membunuh.

“Susulan kejayaan tangkapan ini, kes berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang 24 jam,” katanya.

Terdahulu, tular di laman Facebook mengenai penemuan sebuah kereta Proton Waja berwarna hitam yang dikatakan dihurung lalat di Jalan Kahang-Jemaluang.

Sumber: BERNAMA

BACA: Putin Hubungi Aliyev Berhubung Nahas Pesawat Azerbaijan Di Kazakhstan, Mohon Maaf

BACA: Mangsa Terselamat Kongsi Detik-Detik Sebelum Pesawat Terhempas