Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Mayat Seorang Doktor Ditemui Tergantung Dalam Sebuah Rumah Sewa
INDONESIA – Mayat seorang doktor dilaporkan telah ditemui tergantung di rumah sewanya di daerah Kota Malang, semalam.
Menurut Timesindonesia.co.id, mangsa merupakan penduduk Jawa Timur dan telah dijumpai dalam keadaan tergantung oleh teman wanitanya.
Difahamkan, teman wanitanya mengajak rakan lelakinya untuk mencari mangsa di rumah sewanya namun mendapati rumah tersebut dalam keadaan berkunci.
Kemudian, mereka memutuskan untuk memanggil pakar kunci untuk membuka pintu rumah mangsa.
Apabila pintu dibuka, mereka terkejut kerana menjumpai mangsa telah meninggal dunia dalam keadaan menggantung diri di bingkai pintu bilik.
Sejurus itu, mereka terus melaporkan kejadian itu kepada pihak polis dan polis datang ke tempat kejadian bagi mengambil mayat mangsa.
Dilaporkan, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Saiful Anwar Malang untuk dibedah siasat.
Ketua Polis Malang, AKP Bayu Fenriyanto Prayogo menyatakan berdasarkan pemerhatian di lokasi kejadian, mangsa meninggal dunia akibat menggantung diri.
“Ya, betul mangsa merupakan seorang doktor dan punca kematiannya adalah dengan gantung diri,” kata Bayu, Rabu (7/9/2022).
Sementara itu, menurut maklumat yang diperoleh, mangsa mempunyai hubungan istimewa dengan saksi pertama yang menemukan mangsa.
Mangsa juga pernah ke rumah sewa teman wanitanya dan sering mengugut untuk membunuh diri sekiranya hubungan mereka putus.
Sumber : Suaramalang.id
Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”