Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Maybank Dan Perodua Tawar Pembiayaan Fleksibel Patuh Syariah Pertama Di Malaysia 

Iqbal Yasir
perodua syariah pertama malaysia
Gambar: Perodua

Maybank Dan Perodua Tawar Pembiayaan Fleksibel Patuh Syariah Pertama Di Malaysia

KUALA LUMPUR — Perodua dan Maybank Islamic Berhad berganding bahu menawarkan pelan pembiayaan fleksibel patuh Syariah pertama di negara ini, iaitu Perodua Flexiplan yang dikuasakan oleh Maybank Islamic myimpact Drive Financing-i.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, pelan kewangan ini bersama ini merupakan inisiatif yang memacu inovasi dalam memperkasa pelanggan dengan mewujudkan pengalaman pemilikan kenderaan yang lancar serta inklusif.

Manfaat Perodua Flexiplan

Pelan inovatif ini membolehkan pelanggan menikmati pelbagai manfaat.

“Antaranya termasuklah Tawaran Pembiayaan Kenderaan Murabahah Bertempoh yang sangat kompetitif, dengan bayaran bulanan yang lebih berpatutan untuk tempoh lima tahun pertama.

“Perodua akan membeli semula kenderaan pelanggan pada harga yang kompetitif berbanding nilai pasaran bagi pembelian model baharu Perodua, tertakluk kepada terma dan syarat.

Fleksibiliti pemilikan di mana pelanggan boleh menukar kenderaan mereka kepada model baharu atau mengekalkan kenderaan sedia ada dengan pelan bayaran yang disemak semula.

“Pelanggan boleh memilih antara empat model di bawah Perodua Flexiplan, iaitu Myvi, Axia (tidak termasuk Axia E), Ativa, dan Aruz,” maklum kenyataan itu.

Pada tahun kelima pelan ini, pelanggan mempunyai pilihan untuk menukar kenderaan Perodua sedia ada kepada yang baharu.

Secara tidak langsung, nilai tukar beli yang terjamin digunakan untuk mengurangkan bayaran pendahuluan dan memulakan semula tempoh lima tahun tersebut.

Pelanggan juga boleh memilih untuk mengekalkan kenderaan sedia ada dengan melunaskan baki tertunggak atau melanjutkan pembiayaan sehingga empat tahun lagi di bawah pelan bayaran baharu.

Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat Perodua Flexiplan dan Maybank Islamic myimpact Drive Financing-i, sila rujuk kepada mana-mana penasihat jualan sah Perodua dan cawangan Maybank di seluruh negara

Sumber: Perodua

BACA: Program Xchange Proton Beri Peluang Pemilik Tukar Kenderaan Lama

BACA: Perodua Bezza Kereta Paling Hangat 2024

BACA: Perodua Lancar Alza Serba Baharu, 3 Varian Pilihan, 5 Warna, Lebih Versatil & Jimat Minyak