Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

MDEC Perkasakan Pendidikan Digital di SMK Sungai Pelek dengan Program Sekolah Angkat MADANI

Nur Farra

MDEC hari ini melancarkan Program Sekolah Angkat MADANI (SAM) di SMK Sungai Pelek, selaras aspirasi Malaysia MADANI dan usaha menjadikan negara Negara AI 2030. Majlis pelancaran disempurnakan YB Tuan Lwi Kian Keong dan YB Puan Michelle Ng Mei Sze, dengan kehadiran Pengetua SMK Sungai Pelek, Encik Affandi Hussin, dan Naib Presiden MDEC, Encik Azlan Sharom.

Program SAM, inisiatif nasional bersama KPM dan MOF, bertujuan memperkukuh ekosistem pendidikan digital di sekolah-sekolah seluruh negara. Di SMK Sungai Pelek, MDEC membangunkan Digital Maker Space (DMS) lengkap dengan kit robotik, papan pintar, VR headset, pencetak 3D, set kamera vlog, dan komputer riba, sambil melatih guru dan murid melalui PdP digital, bengkel inovasi, dan program MyDigitalMaker.

Program ini bukan sekadar fasiliti, murid juga berpeluang menyertai NextGen Teen XChange, Girls Game Changerbersama UNICEF dan National AI Quiz 2025, memberi pendedahan awal kepada AI dan literasi digital.

Menurut Anuar Fariz Fadzil, CEO MDEC:

Program Sekolah Angkat MADANI menandakan langkah penting Malaysia membina generasi celik digital dan bersedia menghadapi cabaran ekonomi masa depan.

Info lanjut: www.mdec.my