Guru umpama lilin yang membakar diri untuk menerangi. Begitula peribahasa Melayu yang menggambarkan betapa seorang guru itu banyak berkorban demi kepentingan orang lain (murid).
Walau sepayah mana hidup, guru yang mendidik akan berusaha memberikan yang terbaik kepada anak muridnya dengan harapan mereka mampu membalas dengan segulung kejayaan.
Seperti perkongsian oleh seorang guru di Twitter iaitu Cikgu Suryadi mengenai kegigihan para guru di sekolahnya dalam menyediakan meja murid berikutan penjarakan sosial di dalam kelas.
Menurut Cikgu Suryadi, mereka sedang menyediakan 80 meja bagi persediaan sekolah rendah yang bermula minggu hadapan di mana sebelum ini beberapa orang murid berkongsi satu meja yang panjang.
Perkongsian tersebut mengundang rasa terharu ramai warganet yang mengucapkan rasa terima kasih atas usaha semua guru yang tetap berusaha melakukan sesuatu walau di luar skop pekerjaan mereka.
Ini menunjukkan betapa hebatnya seorang guru yang harus kita hormati dan hargai. Berjayanya semua insan pada hari ini, berkat daripada seoarang guru yang telah mendidik.
Ini lah sisi guru-guru Malaysia yang tidak dipertontonkan


Hebat kalian, kagum!


Terima kasih cikgu!

Tabik dengan guru-guru Malaysia


Sumber: Twitter @Suryadivic