Mekanik Dedah 21 Fungsi Lain “Detailing” Kereta, No.8 Paling Jarang Diketahui
Kereta merupakan salah satu kenderaan utama yang digunakan oleh masyarakat untuk keperluan harian, sama ada untuk keluar bersantai, bekerja atau mengangkut barang.
Oleh itu, kereta memang akan digunakan sepenuhnya dan banyak masa dihabiskan di atas jalan.
Bagi pemilik, kebersihan dan kekemasan kenderaan sering menjadi perhatian utama.
Ramai yang menitikberatkan penampilan kereta bukan sahaja untuk keselesaan, malah untuk mengekalkan nilai estetika dan prestasi kenderaan.
Tidak kurang juga, segelitir pemilik mengambil inisiatif lebih jauh dengan melakukan “detailing” kereta, satu proses pembersihan dan penjagaan yang menyeluruh bagi memastikan kereta berada dalam keadaan terbaik, dari luaran hingga ke bahagian dalaman.
Baru-baru ini, seorang mekanik berpengalaman, Muhammad SE, berkongsi bahawa “detailing” kereta bukan sekadar membuat kenderaan kelihatan berkilat, namun ia juga memberi perlindungan jangka panjang dan membantu menjimatkan kos penyelenggaraan cat.
Jom ikuti perkongsian beliau di bawah.
“Detailing” kereta bukan sekadar membuat kenderaan kelihatan berkilat
1. Basuh kereta bukan sekadar bagi nampak bersih, tapi buang kotoran yang boleh makan cat.
2. Sabun basuh pinggan bukan untuk badan kereta. Ia boleh rosakkan lapisan wax.
3. Sponge kasar punca swirl mark halus yang nampak bawah matahari.
4. Microfiber yang salah boleh menyebab kan calar.
5. Jangan lap kereta masa badan masih berdebu, itu sama macam gosok pasir atas cat.
6. Polish bukan setiap bulan. Terlalu kerap boleh nipiskan clear coat. Sebaiknya polish setahun sekali dan buat wax setiap 3-6 bulan sekali.
7. Wax bukan untuk kilat sahaja, tapi untuk perlindungan daripada UV dan hujan asid.
8. Tar dan getah pokok yang dibiarkan lama boleh “makan” clear coat dan tinggalkan kesan kekal.
9. Rim dan brake dust kalau tidak dibersihkan selalu, boleh hakis permukaan rim.
10. Engine bay kotor bukan cuma isu rupa, tapi boleh sembunyikan kebocoran.
11. Interior yang jarang vakum buat habuk terkumpul dan ganggu sistem penghawa dingin.
12. Leather seat perlu conditioner, bukan sekadar lap basah. Kalau tidak, akan cepat merekah.
13. Dashboard retak selalunya berpunca dari panas matahari berlebihan.
14. Coating bukan kebal calar, tapi bantu kurangkan risiko dan mudahkan cuci.
15. Water spot dari hujan kalau tidak lap cepat boleh jadi tompok kekal.
16. Tuala kering badan dan tuala rim jangan campur.
17. Basuh kereta mula dengan dari tayar dulu baru badan kereta.
18. Clay bar boleh buang kotoran halus yang sabun tidak mampu angkat.
19. Headlamp yang kusam bukan sekadar rupa, tapi ganggu pencahayaan malam.
20. Bau dalam kereta bukan sekadar sembur pewangi, kena cari punca kelembapan.
21. Detailing yang konsisten lebih murah daripada repaint satu badan kereta.

