Terkini

Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
mendapan paip pecah
Kredit: Sinar Harian

Mendapan Di Jalan Sultan Ismail Disebabkan Paip Pecah Bawah Tanah – Bomba

Athirah

Mendapan Di Jalan Sultan Ismail Disebabkan Paip Pecah Bawah Tanah – Bomba

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) — Kejadian jalan raya mendap di Jalan Sultan Ismail di sini yang tular di media sosial berpunca daripada paip bawah tanah yang pecah di kawasan itu awal pagi tadi.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Penguasa Bomba Kanan 1 Mohd Rozihafizam Othman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.04 pagi sebelum mengerahkan 13 anggota serta pegawai ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di tempat berkenaan mendapati terdapat kebocoran melibatkan paip bawah tanah milik pihak Air Selangor (Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd) hingga berlaku limpahan air dan jalan raya mendap di beberapa kawasan berhampiran paip tersebut.

“Kerja-kerja pembaikan paip yang bocor diserahkan kepada pihak Air Selangor untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan kerja baik pulih jalan tersebut sedang giat dijalankan pihak Air Selangor.

“Bagi kerja-kerja baik pulih jalan yang tidak rata akibat tekanan daripada air, ia akan bermula pada 8 malam ini dan dijangka siap sepenuhnya pada 5 pagi keesokan harinya,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu tular di laman sosial video berdurasi 10 saat memaparkan keadaan jalan mendap di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan turut mengesahkan kejadian berkenaan disebabkan oleh paip pecah dan bukan mendapan tanah seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Air Selangor memaklumkan kerja-kerja pembaikan telah selesai dijalankan pada 5 petang tadi dan penurapan jalan di kawasan terbabit sedang dijalankan dengan jangkaan selesai dalam tempoh 24 jam bergantung pada keadaan cuaca.

“Secara amnya, kejadian paip pecah boleh menyebabkan kerosakan jalan di sekitar kawasan terlibat kerana tekanan air yang tinggi dalam sistem paip,” menurut kenyataan itu.

BACA: “Saya Adalah ‘Sampah’ Yang Baru Dikitar Semula..” Dari Bekas Penghuni Henry Gurney Kini Seorang Penulis Buku

Sumber: BERNAMA