Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Mesir Laksana Penutupan Awal Kedai & Restoran Untuk Jimat Tenaga

Mesir
Kredit: BBC

Mesir Laksana Penutupan Awal Kedai & Restoran Untuk Jimat Tenaga

Kedai, restoran dan kafe di Mesir diarahkan untuk menutup operasi lebih awal sebagai langkah sementara dalam usaha mengekang kenaikan harga tenaga susulan konflik Iran.

BBC melaporkan semua premis runcit dan makanan diwajibkan menghentikan operasi sebelum jam 9 malam waktu tempatan setiap hari, bermula semalam.

Kerajaan Mesir turut memperkenalkan beberapa langkah luar biasa termasuk memalapkan lampu jalan dan papan iklan di tepi jalan, selain menggalakkan bekerja dari rumah selama satu hari seminggu bermula April ini bagi kebanyakan pekerja.

Difahamkan, hotel dan tarikan pelancong bagaimanapun dikecualikan daripada langkah penjimatan tenaga tersebut, menurut kerajaan Mesir.

Sektor pelancongan dianggarkan menyumbang sekitar satu per 10 daripada ekonomi negara itu.

Mesir turut terkesan akibat konflik di Asia Barat

Beberapa hotel di Kaherah, termasuk Marriott dan Cosmopolitan, memaklumkan kepada penyiar RFI bahawa mereka telah menyediakan penjana bagi menghadapi kemungkinan gangguan bekalan elektrik.

Selain itu, mereka juga memastikan restoran kekal beroperasi untuk tetamu tanpa terikat kepada waktu penutupan yang ditetapkan di tempat lain.

Walaupun kebanyakan pekerja diarahkan bekerja dari rumah selama satu hari seminggu, sektor penting seperti hospital, sekolah dan kilang dikecualikan daripada arahan tersebut.

Mesir turut terkesan akibat konflik di Asia Barat serta sekatan di Selat Hormuz, yang merupakan laluan utama perkapalan minyak dan gas asli cecair.

Meskipun tidak terlibat secara langsung dalam konflik, kebergantungan negara itu terhadap bahan api import menyebabkan ia terdedah kepada kejutan bekalan.

Sumber:BBC