Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Mesra & Disenangi Ramai, Tuan Nik Ezanee ‘Naik Pangkat’ Jadi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Selangor

Gambar: Polis Petaling Jaya/BERNAMA

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan keperibadian Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal?

Iklan

Seorang pegawai polis yang cukup terkenal dengan sifat kasih sayang, nilai kemanusiaan dan ihsan yang tinggi di sebalik ketegasannya ‘menjaga’ keselamatan daerah Petaling Jaya.

Telah banyak ‘cerita’ kebaikannya yang sering kita baca di media sosial. Lebih-lebih lagi sosok tubuh ini sering mengungkapkan kata-kata keramatnya, “One good deed a day”.

Terbaharu, melalui satu kenyataan media PDRM, beliau ‘naik pangkat’ dan ditukarkan dari Ketua Polis Daerah Petaling Jaya kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Selangor.

Gambar: FB PDRM

Menerusi satu kenyataan rasmi di laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini, sejumlah 71 orang pegawai kanan polis dilaporkan terlibat dalam arahan pertukaran pangkat dan salah satunya adalah Nik Ezanee.

Difahamkan, selain menjawat jawatan di posisi ketua bahagian siasatan jenayah, beliau juga turut memangku pangkat Senior Assistant Commisioner (SAC).

Bak kata pepatah, ‘Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu’. Kenaikan pangkat ini sudah semestinya menjadikan beliau dapat melaksanakan tugas dengan skop yang lebih meluas.

Segala-galanya adalah demi keselamatan rakyat dan kesejahteraan negara. Tahniah diucapkan buat Tuan Nik Ezanee.

Sumber: FB rasmi PDRM