Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MetMalaysia Keluarkan Amaran Cuaca Waspada, Hujan Lebat Dijangka Berlaku Sehingga Jumaat Di Beberapa Negeri

Keadaan banjir di Kedah semalam. (Gambar via Bernama/Facebook)

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada iaitu hujan lebat dijangka berlaku di Kedah, Pulau Pinang dan Perak hingga Jumaat.

Ketua Pengarah Met Malaysia Muhammad Helmi Abdullah dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 11 malam ini memaklumkan kawasan terlibat di Kedah adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.

Perak pula membabitkan Kerian, Larut, Matang, dan Selama serta Manjung, sementara seluruh kawasan Pulau Pinang terlibat dengan amaran tersebut.

“Angin bertiup dari arah barat laut dijangka berpotensi membawa hujan lebat dan menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit,” katanya.

Sumber: BERNAMA