Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Lebat Di 5 Negeri Malam Ini

MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan
Kredit: AI/Flow

Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal di lima negeri sehingga jam 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan berkata bahawa amaran cuaca itu melibatkan seluruh negeri Terengganu.

Begitu juga di daerah Kuantan, Jerantut, Maran dan Lipis di Pahang.

Bagi negeri Johor pula, hanya daerah Kota Tinggi yang terlibat.

Beralih ke Sarawak, hujan lebat dijangka membabitkan daerah Sibu (Kanowit), Kapit (Song), Bintulu (Sebauh), Miri (Bario), Limbang.

Manakala, di Sabah pula, amaran tersebut melibatkan daerah Sandakan (Sandakan, Labuk & Sugut, Telupid dan Paitan), Pedalaman (Membakut dan Beaufort).

MetMalaysia keluarkan amaran hujan lebat

MetMalaysia berkata amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat di lima negeri sehingga jam 9 malam.
  • Amaran melibatkan seluruh Terengganu dan beberapa daerah di Pahang, Johor, Sarawak serta Sabah.
  • Amaran ribut petir sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan