Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Tahap Bahaya Di Kelantan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di beberapa kawasan di Kelantan dan tahap buruk melibatkan lima negeri sehingga 25 November ini.
Selain itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga 24 hingga 26 November ini untuk beberapa negeri lain.
Menurut kenyataan di Facebook, hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan yang meliputi kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh sehingga Selasa.
Sementara itu, hujan lebat tahap buruk dijangka melanda Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai di Kelantan.
Keadaan sama diramal berlaku di seluruh Perlis, Kedah (Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu), Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun) dan Perak (Hulu Perak) sehingga Selasa ini.
MetMalaysia turut memaklumkan hujan tahap waspada di Kedah membabitkan kawasan Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.
Amaran sama turut dikeluarkan di seluruh Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) sehingga esok.
“Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan (Gua Musang) dan Terengganu (Kemaman) sehingga Rabu, 26 November 2025,” ujar MetMalaysia lagi.
