Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MetMalaysia Keluarkan Nasihat Ribut Tropika Penha

Sofea
ribut tropika penha
Kredit: Bernama

MetMalaysia Keluarkan Nasihat Ribut Tropika Penha

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan nasihat Ribut Tropika Penha.

Menerusi nasihat yang dikeluarkan di laman webnya, MetMalaysia berkata ribut itu bergerak ke arah Barat dengan kelajuan 25 km/j dan pada jarak kira-kira 1065 km ke Timur Laut Kinabatangan, Sabah.

Kedudukan ribut itu kini berada di Latitud 8.6 Utara dan Longitud 127.4 Timur, kira-kira 250 km ke Timur Laut Davao, Filipina.

Ribut itu telah dicerap sekitar jam 5 petang waktu Malaysia.

Bagaimanapun, ribut itu tidak memberikan kesan yang signifikan kepada Malaysia.