Terkini

Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
mfl ffp gaji kelab 80 peratus
Gambar: Bernama

MFL Laksana Penuh FFP, Gaji Siling Kelab Ditetap 80 Peratus

Iqbal Yasir

MFL Laksana Penuh FFP, Gaji Siling Kelab Ditetap 80 Peratus

KUALA LUMPUR — Malaysian Football League (MFL) hari ini mengesahkan pelaksanaan sepenuhnya mekanisme Financial Fair Play (FFP) dalam saingan Liga Super musim depan.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik hari ini, MFL berkata pelaksanaan ini sebagai usaha mengawal perbelanjaan kelab dan menjamin kestabilan kewangan jangka panjang.

MFL memutuskan gaji siling atau ‘salary cap’ sebanyak 80 peratus daripada jumlah bajet tahunan ditetapkan kepada setiap kelab.

Ini bermakna, setiap pasukan tidak dibenarkan membelanjakan lebih dari 80 peratus bajet tahunan mereka untuk pembayaran gaji.

“Melalui pelaksanaan FFP bermula dengan pengenalan pada musim lalu, MFL berusaha menanam budaya tanggungjawab kewangan, ketelusan, dan pengurusan profesional dalam kalangan kelab.

“Ia bukan sekadar memastikan kelab dapat bersaing secara adil, tetapi juga untuk melindungi kelangsungan kelab dalam jangka masa panjang.

“Sebagai langkah tambahan bermula musim 2025–2026, pemantauan akan dijalankan melalui dua penyerahan utama sebelum musim bermula.

“Penyerahan Bajet dan Penyerahan Pra-Musim, serta lima penyerahan berkala sepanjang musim Liga Super,” maklum kenyataan itu.

Tambah MFL, dokumen kewangan seperti penyata interim, penyata pendapatan dan perbelanjaan, serta akuan tiada tunggakan kepada kakitangan dan agensi berkaitan akan diteliti secara menyeluruh oleh Unit FFP.

Kelab yang gagal mematuhi akan dikenakan tindakan seperti mana merujuk kepada peraturan MFL Financial Fair Play Edisi 2025-2026.

“Unit FFP akan mengadakan bengkel secara fizikal pada 28 Mei 2025 di mana Ketua Pegawai Eksekutif dan Pegawai Kewangan semua kelab Liga Super 2025-2026 telah dijemput untuk hadir ke bengkel berkenaan.

“Selain itu, Bengkel secara dalam talian juga telah diadakan pada 5 Mac 2025 yang lalu untuk menerangkan tentang peraturan FFP bagi musim 2025-2026 secara tentatif.

“Selain daripada peraturan baharu FFP seperti ‘Salary Cap’ 80 peratus yang akan dilaksanakan untuk musim 2025-2026, Unit FFP juga akan melancarkan Sistem Pentadbiran yang baharu untuk digunakan oleh semua kelab.

“Latihan bagi penggunaan sistem tersebut akan diberikan semasa bengkel berlangsung supaya kelab-kelab lebih memahami cara untuk menggunakan sistem pentadbiran berkenaan.

“Tujuan utama pengenalan sistem ini adalah bagi memudahkan kedua-dua pihak iaitu Unit FFP dan kelab-kelab dari segi penyerahan dan pemantauan dokumen sepanjang musim 2025-2026 dan yang akan datang secara lebih sistematik dan efektif,” jelas MFL.

BACA: Brunei DPMM FC Sah Sertai Liga M Musim Depan

Dalam pada itu, MFL menyatakan Brunei, DPMM FC akan bertanding dalam musim baharu Liga Super musim depan.

Selain DPMM FC, 13 lagi kelab telah mendapat Lesen Kebangsaan musim 2025-2026 seperti yang diputuskan oleh First Instance Body (FIB) semalam untuk melayakkan diri bersaing dalam Liga Super.

Saingan Liga Malaysia bakal membuka tirai pada awal Ogos 2025 dengan Perlawanan Sumbangsih melibatkan juara liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan naib juara liga, Selangor FC.

Sumber: MFL