Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Michael Ford Juarai Kejohanan Gusti Lengan Arnold Classic
Ohio – Ahli gusti lengan dari Kota Kinabalu, Sabah menjuarai kejohanan gusti lengan heavyweight terkemuka Amerika Syarikat (AS) .
Michael Ford dinobatkan sebagai juara di Kejohanan Gusti Lengan Arnold Classic dalam kategori super heavyweight yang berlangsung di Ohio, AS pada Jumaat lalu selepas menewaskan kedua lawannya dengan mudah.
Berita gembira tersebut dikongsikan beliau menerusi laman Facebook dengan ucapan penghargaan buat para penyokong.
“Dari sudut hati saya yang paling dalam, saya ucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong saya, bantu saya dalam latihan dan bantu perbetulkan saya.
“Kepada penaja utama saya, Thunder Cranes, Ewon Benedick, Donald Peter Mojuntin dan Restore Chiropractic. Terima kasih atas kemurahan hati dan bantuan yang menjadikan kemenangan ini satu kenyataan. Ia tak mungkin berlaku tanpa kalian.
“Tiada kata-kata yang dapat saya ucapkan untuk kata-kata dan doa anda semua,” ucapnya.
Menerusi muat naik yang sama, Michael turut mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat isteri tercinta.
“Kepada isteri saya, Apple Mendez, terima kasih kerana bertahan di sebelah saya dan sentiasa memberi sokongan sepanjang 42 jam pengembaraan ini.
“Tidak sabar rasanya untuk pulang menyambut (kemenangan) di KK dan luangkan masa bersama anak-anak saya,” katanya lagi.
BACA: Main Sambil Belajar, Ruang Edukidz Di MADAD Curi Tumpuan