Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Minggu Solidariti Palestin Raih Kutipan Dana RM9.2 Juta

Nurhanis
solidariti palestin dana
Kredit: BERNAMA

Minggu Solidariti Palestin Raih Kutipan Dana RM9.2 Juta

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) — Dana Kemanusiaan Palestin berjumlah RM9.2 juta telah berjaya dikutip sepanjang pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin bermula 29 Okt hingga 3 Nov lepas melibatkan penyertaan ribuan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) seluruh negara.

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan Minggu Solidariti Palestin diadakan bertujuan mendidik murid dan warga KPM mengenai nilai manusiawi yang turut merangkumi hak asasi manusia, keamanan dan sifat ihsan.

Cek cura Dana Kemanusiaan Palestin itu telah diserahkan kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek oleh Ketua Setiausaha KPM Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi pada Himpunan Solidariti Keamanan Sejagat yang merupakan aktiviti kemuncak dan penutup Minggu Solidariti Palestin di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya, Jumaat lepas.

Acara anjuran KPM itu telah melibatkan 800 murid daripada institusi pendidikan KPM dan lebih 200 pegawai KPM bagi menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin serta menyokong nilai keamanan sejagat.

Antara pengisian utama acara berkenaan termasuk deklamasi sajak, persembahan lakonan dan nyanyian serta pidato kemanusiaan.

Sumber: BERNAMA

BACA: Konflik Palestin-Israel: Guru Sekolah Al-Quran Malaysia Di Gaza Terkorban