Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Minta Sunting Gambar Keluarga Berbaju Sedondon, Terhibur Lihat Hasil Tukang "Edit"
Memiliki telefon pintar hari ini sudah menjadi satu kemestian kepada orang ramai.
Peranti tersebut bukan sahaja digunakan sebagai medium berkomunikasi, malah menjadi alat untuk mencari maklumat semasa dan meningkatkan produktiviti.
Kini, telefon pintar turut dibekalkan dengan kemampuan seperti sebuah kamera untuk mengambil gambar dan seperti sebuah komputer untuk membuat kerja-kerja suntingan.
Dalam era digital masa kini, keupayaan individu untuk menyunting gambar bukan lagi sesuatu yang asing malah telah menjadi satu bentuk ekspresi diri yang semakin popular.
Setiap orang, sama ada secara formal atau tidak, mempunyai tahap kemahiran dan kreativiti tersendiri dalam mengolah imej untuk pelbagai tujuan seperti hiburan, pembelajaran atau penyebaran maklumat.
Dengan perkembangan teknologi yang pesat, peluang untuk mempelajari teknik penyuntingan semakin mudah diakses, membolehkan sesiapa sahaja menonjolkan bakat kreatif mereka tanpa perlu memiliki latar belakang profesional.
Keunikan setiap karya yang dihasilkan mencerminkan perbezaan gaya, idea dan penekanan terhadap elemen tertentu, sekali gus menonjolkan personaliti dan daya cipta individu.
Minta “edit” gambar baju raya keluarga warna seragam
Dengan kecanggihan aplikasi terkini dalam penyuntingan gambar dan video, pemilik kepada akaun Facebook Fauzi Rahman telah memuat naik sekeping gambar ke Kumpulan Edit Apa Hari Ni?

Dalam hantaran itu, Fauzi Rahman memohon pertolongan orang ramai untuk menyunting gambarnya danahli keluarga agar mengenakan busana baju raya dengan warna yang seragam.
"Boleh tak buatkan kami baju sama kaler.." kongsinya
Bagai pucuk dicita ulam mendatang, warga maya ternyata tidak melepaskan peluang terhidang untuk memperagakan bakat suntingan masing-masing.
Apa yang melucukan, penyunting gambar ini begitu kreatif dengan menerapkan unsur-unsur humor dalam suntingan masing-masing.
Melihat kepada hasil suntingan yang dihidangkan, memang tidak kering gusi dibuatnya.
Kesimpulan yang boleh dibuat adalah bakat dan kretiviti suntingan warga maya bukan calang-calang, malah ada yang diluar kotak pemikiran.
Kami kongsikan beberapa hasil suntingan menarik untuk anda dibawah.











