Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Minyak Dah Nak Habis, Bawa Perlahan Atau Macam Biasa Mana Lebih Baik?

Minyak Dah Nak Habis, Bawa
Kredit: Libur

Minyak Dah Nak Habis, Bawa Perlahan Atau Macam Biasa Mana Lebih Baik?

Pernah tak tengah sedap melayan perasaan sambil memandu, tiba-tiba mata terpandang simbol petrol kat dashboard dah mula berkelip? Masa tu, jantung pun rasa macam ikut ‘berkelip’ sekali, kan? Lagi haru kalau stesen minyak pun entah kat mana, jalan pula tengah jauh lagi nak sampai.

Hakikatnya, setiap kenderaan kat atas jalan raya ni (kecuali kereta elektrik lah kan) memang bergantung sepenuhnya pada petrol sebagai bahan bakar.

Sebab tu la setiap kereta ada indikator minyak untuk kita pantau paras bahan api dalam tangki.

Bila lampu amaran tu dah menyala, itu tandanya kereta anda dah 'menjerit' minta diisi segera.

Tapi dalam keadaan panik macam tu, timbul satu persoalan besar dalam kepala otak kita: "Eh, aku patut bawa laju ke bawa perlahan eh supaya minyak tak cepat habis?"

Bila dalam situasi ini pasti terfikir, mana yang lebih terbaik, bawa perlahan, atau sebaliknya. Betul kan?

Sehubungan itu, SK kongsikan perkongsian di bawah.

Mana lagi efisien, bawa macam biasa ke slow bila minyak dah nak habis?

Ikut keadaan, kalau dah muncul tanda dah hampir habis minyak tu bermakna ada dalam 20 ke 30 km masih boleh bergerak.

Anggaran kelajuan ni lebih tertumpu kepada kelajuan kereta sebelum muncul tanda habis minyak. Kalau dah laju contohnya 90 km/j, kekalkan kelajuan tersebut atau boleh kurangkan kelajuan.

Kalau bawa contohnya 70 km/j, elakkan pecut terlalu laju sebab kereta tu perlu bina momentum yang tinggi untuk mencapai kelajuan yang lebih tinggi, bermakna enjin akan membakar petrol lebih banyak. Sebab tu masa pecut RPM akan naik, untuk membakar lebih banyak petrol.

Berbanding dengan situasi yang pertama tadi, RPM enjin kereta dah stabil, kadang-kadang bawa perlahan dan laju hanya dalam lingkungan RPM yang sama. Bawa 60 km/j atau 110 km/j pun sama-sama dalam lingkungan 2000 ke 3000 RPM, manakala semasa memecut pula RPM boleh naik kepada 3000 hingga 4000 RPM

Sumber:Reddit