Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Mirip Lee Kwang Soo, Tarian Nyamuk Dilakukan Lelaki Malaysia Ini Cuit Hati Ramai
Seorang pengguna TikTok telah mencuit hati ramai disebabkan rupa parasnya yang mirip pelakon dan bekas bintang Running Man, Lee Kwang Soo.
Lelaki asal Malaysia yang dikenali sebagai bomchann0 (@bomchann0) telah giat memuat turun videonya menari tarian-tarian lagu K-pop di TikTok.
Bakat tariannya bukan sekadar pelaris bagi orang ramai untuk menjengah kandungan dan mengikutinya di laman media sosial itu.
Rupa parasnya seakan-akan pelawak Korea Selatan telah membuatkan warga maya melepaskan rasa rindunya terhadap bintang tersebut.
BACA: “Mall” Jual Baju Raya Bawah RM300 Untuk 4 Sekeluarga, Top 5 Fesyen Tahun Ini Pun Ada
Warga maya juga menggelarkan pemuda Malaysia itu sebagai Lee Kwang Soo Travel Size disebabkan ketinggiannya lebih rendah berbanding bintang yang tinggi lampai itu.
Lebih mencuit hati, pemuda berbakat tersebut dapat meniru beberapa tarian ikonik yang dilakukan bintang berkenaan.
Antaranya, tarian nyamuk ikoniknya serta gerak geri dan ekspresi bintang tersebut ketika menarikan beberapa koreografi lagu bagi beberapa kumpulan K-Pop seperti Fire (BTS) dan Y (MBLAQ).
Ramai pengguna yang mengharap agar Lee Kwang Soo dapat bertemu dengan pemuda ini dan menari tarian dengan ekspresi muka ketat ikonik bersama-sama.
Bagi yang belum tahu, Kwang Soo telah dikenali dalam industri hiburan baik di Korea Selatan mahupun di dunia disebabkan personalitinya yang kelakar.
Salah satu rancangan yang telah menaikkan namanya di persada dunia adalah sebuah rancangan televisyen, Running Man.
Berdasarkan rekod, beliau telah meraih pelbagai anugerah sewaktu menjadi sebahagian daripada rancangan kegemaran ramai.
Kwang Soo telah memenangi Anugerah Bintang Baharu dan Anugerah Pendatang Baharu (Kategori Rancangan Varieti) dalam SBS Entertainment Award pada tahun 2010 dan 2011.
Selain itu, beliau turut mendapat gelaran ‘Putera Asia’ disebabkan pengaruhnya membawa industri hiburan Korea Selatan ke seluruh dunia.
Sudah semestinya, kelibat ‘Giraffe’ ini sentiasa dirindui para peminatnya yang menggemari gelagatnya yang tidak pernah mengecewakan.
BACA: Hasrat Buat Kejutan Tak Kesampaian, Bapa Meninggal Sebelum Restoran Dilancarkan
Sumber: @bomchann0 via TikTok