Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Misi Wajib Menang Besar, Doa Oman “Kenduri” Gol – Kim Pan-gon

Iqbal Yasir
misi wajib menang besar, malaysia chinese taipei
Gambar: Stadium Astro

Misi Wajib Menang Besar, Doa Oman “Kenduri” Gol – Kim Pan-gon

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon dalam misi memburu misi tiga mata menjelang pertemuan terakhir pertemuan terakhir kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 membabitkan Malaysia menentang Chinese Taipei di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Bagi menghidupkan peluang ke pusingan ketiga kelayakan itu, jurulatih dari Korea Selatan yakin dan meletakkan sepenuh harapan kepada barisan pemain bagi ‘meledak’ sebanyak mungkin gol.

Mengakui menerima tekanan dan berpegang pada realiti, Pan-gon memberitahu bahwa bahawa persiapan pasukan berada di tahap terbaik.

Berdoa Oman Kenduri Gol Menentang Republik Kyrgyzstan

Sementara itu, dia turut mempercayai bahawa Oman mampu membelasah Kyrgyzstan dengan defisit gol yang besar. Ini kerana Kyrgyzstan kini berkelebihan tiga mata daripada Malaysia dengan defisit gol yang lebih baik.

Mahu tak mahu, skuad negara memerlukan sentuhan ‘magis’ daripada Pan-gon dan para pemain negara.

Malaysia kini berada di tangga ke-3 Kumpulan E dengan mengumpul 7 mata mata selepas mencatatkan dua kemenangan, satu seri dan dua kekalahan.

BACA: Ibu Zayn Rayyan Dibawa Ke Kediaman, Dipercayai ‘Lakon Semula’ Anak Hilang

Oman kini menerajui takhta Kumpulan D, mengumpul 12 mata, manakala Kyrgystan dengan 10 mata ditangga ke-2 dan Chinese Taipe tanpa mata selepas lima perlawanan.

Pada Khamis lalu, Harimau Malaya terikat 1-1 dengan Republik Kyrgyzstan dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek sebentar tadi.

Turun dalam misi mencari tiga mata di gelanggang lawan, anak-anak buah Kim Pan-gon pada awal permainan dilihat agak bergelut menyesuaikan diri di atas padang, dengan bola lebih banyak berlegar di tengah padang.

Sebaliknya, tuan rumah berjaya memanfaatkan serangan balas pantas untuk meledak gol pertama perlawanan menerusi pemain sayap Gulzhigit Alykulov pada minit ke-24.

Enam minit menuju wisel penamat separuh pertama, Malaysia berjaya menyamakan kedudukan. Dion Cool berjaya memanfaatkan sepakan percuma Endrick untuk menanduk masuk bola ke gawang Tokotaev.

Meskipun beberapa pertukaran pemain dilakukan jurulatih, kedua-dua pasukan buntu mencari gol hingga babak terakhir.

Sumber: Stadium Astro