Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Momen ‘Pakcik-Pakcik’ Lepak Sambut Hari Lahir Bersama Rakan Runtun Hati Ramai
Tanggal kelahiran merupakan antara detik bermakna dalam hidup buat seseorang. Ia bukan sekadar meningkatnya usia, namun juga menandakan permulaan perjalanan baharu dalam hidup.
Lebih-lebih lagi, hari istimewa ini seringkali disambut bersama insan-insan tercinta seperti ahli keluarga, pasangan dan rakan-rakan.
Begitulah momen indah yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @ syukie.wookie memaparkan kelibat pakcik-pakcik yang duduk meluangkan masa bersama di satu meja di medan selera.
Apa yang membuatkan ramai sebak adalah mereka menyambut hari lahir salah seorang rakan, dengan sebiji kek berada di atas meja berkenaan.
“Saya tak sengaja bertemu momen yang menyentuh hati. Sambutan sederhana dengan rakan-rakan pada usia mereka. Ia bukan tentang tempatnya, tetapi tentang dengan siapa kita bersama dan ingatan yang dikongsi. Selamat Hari Lahir buat pakcik.
“Adakah saya akan merasai pengalaman ini suatu hari nanti? Hanya Allah yang tahu,” tulisnya.
Meskipun ia kelihatan biasa, namun momen berkenaan menyentuh hati ramai warga maya dan mendoakan kesihatan serta kesejahteraan mereka.
Sebahagiannya, memuji persahabatan mereka yang akrab tak ubah seperti di usia remaja meskipun rata-ratanya sudah dimamah usia.
Apatah lagi, sambutan ini diadakan di rumah, restoran mewah, hotel dan bertukar hadiah yang bermakna. Namun, hari-hari penting sahabat masih kekal diingati dan diraikan bersama.
Momen itu mengajarkan kita nilai persahabatan kadangkala melebihi batas usia, waktu dan wang ringgit.
Berikut antara komen netizen;
“Ni kalau aku, tak tahan dah, terus join lepak sembang sekali, orang tua ni dia suka kalau kita tanya pasal kisah hidup dia, janji dia seronok,” komen seorang pengguna.
“Aww siap pakai formal,” komen seorang lagi.
“Aww semoga dipanjangkan umur semua ayah-ayah. Happynya dapat tengok camni sebab kita dah takde ayah,” luah seorang lagi.
“Pakcik pakai kopiah tu betul-betul mengingatkan kepada arwah atuk sebab hari-hari dia nk pergi ngeteh kat warung kawan dia, mesti pakai macam tu, dan juga ajak saya untuk ikut dia gi ngeteh sebab nak pau jajan,” komen lagi seorang.
Sumber: TikTok @ syukie.wookie