Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Momen Pemain Maghribi Peluk Ibu Usai Perlawanan Sentuh Hati Ramai

Maghribi
Kredit: Tiktok @le360fr

Momen Pemain Maghribi Peluk Ibu Usai Perlawanan Sentuh Hati Ramai

Pentas Piala Dunia bukan sekadar medan memburu kejuaraan, malah sering menghadirkan pelbagai kisah menyentuh hati di sebalik kemeriahan pertandingan.

Ada mula menjejakkan kaki ke pentas itu dengan senyuman, dan ada juga yang berakhir dengan linangan air mata.

Di sebalik setiap kejayaan pemain, pastinya terselit pengorbanan individu penting yang menjadi tulang belakang sepanjang perjalanan karier mereka.

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga

Tular di media sosial satu klip berdurasi 12 saat tular memaparkan penyerang Maghribi, Ismael Saibari meraikan kemenangan negaranya dalam pelukan ibunya.

Dalam klip itu, menunjukkan sang ibu tidak dapat menahan sebak melihat kejayaan anaknya membawa pasukan itu ke peringkat seterusnya.

Sementara Saibari kelihatan tenang dalam pelukan ibunya.

Momen penuh emosi itu menyentuh hati peminat bola sepak di seluruh dunia.

Meskipun terlihat biasa namun, detik tersebut cukup meruntun hati peminat bola sepak kerana menggambarkan keikhlasan serta pengorbanan di sebalik kejayaan seorang pemain di pentas antarabangsa.

Ia sekali gus menjadi bukti bahawa di sebalik setiap kejayaan di padang, terselit doa, sokongan dan kasih seorang ibu yang menjadi kekuatan utama sejak awal.

Maghribi singkirkan Belanda

Maghribi berjaya mara ke pusingan 16 terbaik selepas menewaskan Belanda 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1.

Ismael Saibari muncul wira apabila menyempurnakan sepakan penalti terakhir sebelum mengesahkan Maghribi ke pusingan seterusnya.

Ia sekali gus menamatkan cabaran Belanda dalam saingan edisi Piala Dunia kali ini.

Kredit: AFP

Sumber:@le360fr,ESPN