Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MRT Laluan Putrajaya Alami Gangguan Perkhidmatan Pagi Ini Akibat Kecurian Kabel

Iqbal Yasir
MRT Laluan Putrajaya Alami Gangguan
Kredit: Bernama

MRT Laluan Putrajaya Alami Gangguan Perkhidmatan Pagi Ini Akibat Kecurian Kabel

KUALA LUMPUR -- Rapid Rail Sdn. Bhd. (Rapid Rail) memaklumkan perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya sedang mengalami gangguan bekalan kuasa di antara Stesen Sungai Buloh dan Stesen Damansara Damai.

Rapid Rail Sdn. Bhd. (Rapid Rail) dalam satu kenyataan berkata siasatan awal pasukan kejuruteraan mengesahkan berlaku kecurian kabel bekalan kuasa yang telah dipotong berhampiran Stesen Damansara Damai.

Kejadian telah menyebabkan gangguan perkhidmatan yang serius dan memerlukan kerja-kerja pembaikan berskala besar yang dijangka berterusan sehingga tamat waktu operasi perkhidmatan hari ini.

"Pihak operasi telah mengaktifkan perkhidmatan tren alternatif bagi membolehkan pengguna meneruskan perjalanan," maklum kenyataan itu.

Tren alternatif yang disediakan itu adalah dari Stesen Putrajaya Sentral akan berpatah balik di Stesen Metro Prima (kekerapan enam minit), tren perantara ulang-alik di antara Stesen Metro Prima dan Stesen Damansara Damai (kekerapan lapan minit) dan tren dari Stesen Kwasa Damansara akan berpatah balik di Stesen Damansara Damai (kekerapan lapan minit).

"Disebabkan gangguan operasi ini, penumpang dijangka mengalami waktu menunggu lebih lama di platform, terutamanya di antara Stesen Metro Prima hingga Stesen Damansara Damai

"Bagi memastikan keselamatan dan kelancaran pergerakan penumpang, anggota polis bantuan dan petugas stesen ditempatkan di platform dan ruang legar stesen untuk membantu penumpang.

"Pengumuman berkala mengenai jadual perjalanan tren turut dibuat di stesen. Penumpang disarankan untuk mendapatkan pengangkutan alternatif lain bagi meneruskan perjalanan ke destinasi," maklum Rapid KL lagi.

Sumber:Rapid KL