Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Mudah Je, Ini Resipi Kek Pisang “Double Chocolate” Yang Memikat Selera
Dari dulu, kek pisang sememangnya sudah lama menjadi pilihan ramai. Hidangan klasik ini sangat mudah digemari kerana rasanya yang lembut dan manis semula jadi.
Dengan bahan yang mudah didapati dan cara penyediaannya yang tidak rumit, kek pisag menjadi salah satu resipi yang hampir semua orang pernah cuba sekurang-kurangnya sekali.
Kini, semakin ramai mula bereksperimen dengan makanan untuk mencapai kepuasan. Jadi, kreativiti inilah yang membuka ruang kepada variasi dalam hidangan.
Hari ini, SK akan kongsikan satu resipi kek pisang yang lain daripada yang biasa, iaitu kek pisang double chocolate.
Untuk makluman, resipi ini diambil daripada pengguna akaun TikTok @Che Sayang Kitchen.
Bahan-bahan yang perlu disediakan
Penyediaan kek pisang double chocolate ini bahan-bahannya cukup mudah.
Menurut @Che Sayang Kitchen, mula-mula, anda perlukan dua cawan tepung naik sendiri, setengah cawan serbuk koko, dua sudah kecil baking soda dan dua sudu garam.
Kemudian, sediakan pisang yang sudah dihancurkan sebanyak dua hingga hingga tiga cawan, iaitu bersamaan enam hingga tujuh biji pisang.
Selepas itu, sediakan juga setengah cawan mentega yang sudah dicairkan, setengah cawan minyak kepala sawit, satu per empat gula pasir, tiga biji telur saiz sederhana dan dua sudu besar esen vanilla.
Akhir sekali, sediakan coklat coin serta coklat untuk ditabur.
Cara membuat kek pisang double chocolate
Untuk menyediakan kek ini, mulakan dengan menyediakan tiga cawan pisang dan lenyekkan hingga hancur dalam mangkuk.
Dalam mangkuk yang berasingan, satukan satu per empat cawan gula bersama setengah cawan minyak kelapa sawit, kemudian kacau hingga adunan rata.
Setelah itu, masukkan tiga biji telur, dua sudu teh esen vanila serta sedikit garam sebelum dikacau lagi sehingga adunan menjadi sekata.
Seterusnya, tuangkan setengah cawan mentega cair dan kacau sekali lagi.
Apabila semuanya sudah sebati, masukkan pisang yang telah dilenyekkan tadi diikuti dua cawan tepung naik sendiri. Gaul hingga adunan menjadi rata.
Kemudian, ayakkan setengah cawan serbuk koko bersama dua sudu teh baking soda terus ke dalam adunan dan kacau sehingga semuanya betul-betul sebati.
Selepas itu, masukkan setengah cawan chocolate coin dan gaul rata.
Suhu oven yang sesuai untuk kek pisang double chocolate
Menurut @Che Sayang Kitchen, oven perlu dipanaskan pada suhu 200 darjah Celsius.
Sediakan loyang, tuangkan adunan ke dalamnya dan taburkan ketulan coklat di bahagian atas.
Selepas itu, ketuk loyang perlahan untuk meratakan adunan sebelum menurunkan suhu oven kepada 180 darjah Celsius.
Anda perlu membakar kek selama satu jam menggunakan api atas dan bawah. Apabila kek sudah masak, keluarkan dari oven dan biarkan seketika sehingga suam sebelum dipotong.
Kini, kek pisang double chocolate sedia untuk dinikmati.
BACA: Sesuai Dijadikan Kudapan Musim Hujan, Ini Resipi Mudah Cucur “Crab Stick”
Sumber: @Che Sayang Kitchen via TikTok