Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Mudah Je, Wanita Kongsi Cara Tanam Cendawan Tiram Di Rumah
Selain sayuran hijau, cendawan adalah antara kegemaran ramai kerana rasanya yang unik serta tekstur lembut yang sesuai dijadikan cemilan atau dimakan bersama nasi panas. Nak pula cendawan tiram goreng tepung yang banyak dijual di tepi jalan.
Walaupun cendawan mudah ditemui tumbuh meliar di kawasan lembap seperti di dahan pokok atau celahan rumput ketika musim hujan, tidak semua jenis cendawan boleh dimakan. Ada yang beracun dan boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan.
Tapi, jika anda seorang peminat tegar cendawan tiram, anda sebenarnya boleh menanam sendiri cendawan tiram di rumah. Bukan sahaja menjimatkan, malah boleh memberi pulangan lumayan dalam masa yang singkat.

4 hari je dah boleh tuai. Saya kongsikan cara jaga bongkah cendawan.
1. Letak bongkah di tempat yang lembap dan teduh atau cahaya matahari yang sikit. Saya letak atas rak, bawah sinki yang bertutup tapi buka sikit pintu untuk pengudaraan.

2. Setelah bongkah sudah matang (putih keseluruhan).
a) Buka penutup dan sembur air di sekeliling cendawan tiga kali sehari, selepas 7 ke 10 hari, cendawan akan tumbuh. Kalau saya, sehari sekali pun dah cukup, cuma perlu letak kain lembap atas bongkah cendawan dan letak satu bekas berisi air berdekatan bongkah supaya bongkah sentiasa lembap.

b) Selepas buka penutup tu, kalau ada macam kulat lain dekat mulut bongkah, kena korek buang kulat tu dulu dan tutup semula dengan penutup rehatkan selama tujuh hari. Semasa tutup, tak perlu siram air lagi.
Selepas tu baru ikut langkah (a) di atas.

3. Selepas petik cendawan, korekkan sisa akar yang tertinggal dan ikut langkah 2(b) di atas.
4. Selepas tujuh hari, ikut langkah 2(a) lagi di atas, cendawan akan keluar lagi. Begitulah ulang-ulang prosesnya 2(b) dan 2(a) iaitu:
Selepas korek, rehat 7 hari tutup penutup jangan siram. Selepas itu baru siram. Dalam 7 hari cendawan mula tumbuh. Lepas tuai cendawan korek lagi.

Boleh tuai enam ke lapan kali.
Untuk yang separuh matang, perlu tunggu dia ke 3 minggu baru boleh tutup.
Kalau cendawan tidak keluar dalam masa 2 minggu, mungkin mulut tersumbat dengan benih. Guna sudu yang bersih, korek biji benih dan tutup 7 hari baru buka.

Seronok tengok dia tumbuh hari-hari belek. Pada yang belum pernah tanam, bolehlah cuba tanam cendawan ni pula, best!
Harga pun tersangatlah murah, jimat banyak. Tahun lepas saya beli, bertahan 9 bulan bongkah ni masih bagi hasil.

BACA: Lelaki Lebih Cenderung Meninggal Dunia Disebabkan Sindrom Patah Hati
BACA: Ketahui Perbezaan Antara Gastrik Dan GERD
BACA: Rakyat Malaysia Paling Banyak Melancong Ke Thailand
Sumber: MySarah MK via Facebook