Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Nahas Temerloh: Pemandu Lori Tangki Direman Empat Hari

Pemandu Lori Tangki
Kredit: Bernama

KUANTAN, 15 Ogos (Bernama) -- Pemandu lori tangki yang terbabit dalam kemalangan mengakibatkan dua individu maut di Kilometer 9, Jalan Temerloh–Triang, dekat Kampung Lebak semalam, direman selama empat hari.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Nasyim Bahron berkata lelaki berumur 37 tahun itu direman hingga Selasa depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap pemandu berkenaan mendapati lelaki itu negatif dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, dua beranak dipercayai ibu dan anak terkorban akibat kereta dinaiki mereka dihempap lori tangki terbabit yang bermuatan 32,000 liter bahan api.

Pengesahan identiti kedua-dua mangsa akan dijalankan melalui perbandingan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) waris dengan bantuan Jabatan Kimia.

Sebelum ini, Mohd Nasyim dilaporkan berkata siasatan awal mendapati lori tangki berkenaan dari Seremban, Negeri Sembilan menghala ke Temerloh itu dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan serta menghempap kereta terbabit sebelum kedua-dua kenderaan terbakar.

Intipati
  • Pemandu lori tangki direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Akta Pengangkutan Jalan.
  • Ujian saringan air kencing terhadap pemandu berusia 37 tahun itu mendapati negatif dadah.
  • Dua mangsa dipercayai ibu dan anak terkorban selepas kereta mereka dihempap lori tangki.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan