Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Memiliki sebuah rumah merupakan idaman semua manusia. Mana taknya, rumah merupakan satu hutang yang sihat, malah anda boleh menjana pendapatan dengan menyewanya. Smart woo…tapi, apa yang perlu kita tahu sebelum membeli rumah?
“Hah, rumah pun kena beli insurans ke?”
Ya rakan-rakan, rumah yang anda beli pun perlukan insurans. Kalau tiba-tiba dilanda bencana yang tidak diduga, kita tidaklah menanggung kerugian yang terlalu tinggi.
Terdapat dua jenis insurans rumah iaitu MRTT dan MLTT, tapi…mana yang lebih berbaloi?
Jangan risau, perkara ini dijelaskan secara terperinci oleh perunding kewangan, Ahmad Humaizi Ibrahim dalam satu perkongsian yang mantap untuk kita semua menerusi Facebook.

Beza antara MRTT dan MLTT
Dua insurans rumah yakni perlindungan aset yang patut diambil tahu. Ramai yang tidak ada ilmu pasal ini.
Ketika hendak membuat pinjaman, pihak bank akan meyakinkan anda untuk mengambil MRTT kerana itu keuntungan untuk mereka.
Persoalannya nak bagi untung dekat bank ataupun dekat diri kita sendiri?
Di sini apa yang dapat diringkaskan untuk anda semua:
MRTT akan membiayai lebihan hutang sahaja.
MLTT pula satu “mechanism transfer of risk”
Kenapa saya cakap macam tu?
Contohnya jika harga rumah: RM297,000
Situasi: Selepas 7 tahun bayar, baki pinjaman tinggal RM 160,000. Owner rumah meninggal dunia.
Dan rumah tersebut akan dapat kepada isteri. Waris perlu agihkan kepada waris faraid sebab hak isteri atas rumah tu cuma 1/8 sahaja.
Rumah tersebut akan dapat kepada isteri.
Dan ada lagi lebihan sebanyak RM137,000 untuk isteri!
Duit RM137,000 boleh dibayar kepada waris faraid untuk jadikan rumah hak milik isteri sepenuhnya.
Itulah dia hibah!
Kelebihan MLTT ini dia masukkan sekali dengan hibah kepada waris kita.
Dan satu lagi kelebihan MLTT , ia bukan sekadar perlindungan untuk aset anda, ia juga tempat pelaburan.
Lagi satu jika dalam tempoh pinjaman tu, berlaku penyakit kritikal @ lumpuh, caruman MLTT jadi PERCUMA tak perlu bayar lagi tapi caruman MRTT masih jalan seperti biasa.
Perlindungan rumah dapat
Hibah dapat
Simpanan dapat
Jadi yang mana satu lebih menguntungkan kita? Fikir-fikirkanlah.

Sumber:
Ahmad Humaizi Ibrahim
via