Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Neelofa Timang Cahaya Mata Kedua, Bakal Umum Nama Hari Ke-7
Pelakon dan pengacara terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih mesra dipanggil Neelofa mengumumkan bahawa telah menimang putera kedua.
Beliau memaklumkan berita gembira tersebut menerusi satu hantaran di Instagram Story rasmi miliknya.
Menurutnya, bayinya itu telah dilahirkan pada jam 10.45 malam tadi.
Neelofa Timang Cahaya Mata Kedua
“Asssalamualaikum. Alhamdulillahi rabbil alamin, tanggal 11 Julai 2023 jam 10.45 malam menjadi hari yang penuh berkat dan rahmat bagi keluarga kami.
“Putera kedua tercinta kami menjengah dunia dalam keadaan sihat walafiat,” tulisnya di platform tersebut.
Bakal Umum Nama Hari Ke-7

Sementara itu, pasangan tersebut bakal memaklumkan nama anak kedua mereka pada hari ke-7.
Tambah isteri kepada Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, beliau berdoa dan memohon orang ramai turut mendoakan kebaikan terhadap cahaya mata kedua itu.
“Semoga kehadirannya selalu membawa keberkatan bagi keluarga kami, menjadi anak yang soleh, berbakti kepada orang tua, berguna bagi agama, bangsa, keluarga, nusa dan bangsa.
“Mohon doa agar anak kedua kami ini membesar dengan baik dan cerdas, diberi kesihatan dan umur panjang. Amin! Dan semoga kami mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkannya. Insya-Allah,” maklumnya lagi.
Kecoh 1 Malaysia, Wajah Bilal Akhirnya Terjawab

Terdahulu, wajah anak pertama pasangan itu, Muhammad Bilal Muhammad Haris sekian lama menjadi teka-teki dan buah mulut netizen.
Wajah Bilal diketahui umum selepas Neelofa telah memuatnaik satu video (reels) yang memaparkan himpunan wajah anaknya dalam satu hantaran di Instagram miliknya.
Menerusi hantaran itu, Neelofa juga turut menitipkan kata-kata istimewa buat anak sulungnya itu.
“Cinta dan sayang pada anakku Bilal, antara kecintaan tertinggi dan teragung ummi di dalam hidup ini. Tiada yang lebih menyayatkan hati selain anak ummi ini disakiti, pasti semua ibu kasih dan cinta kan anak mereka apatah lagi sewaktu mereka kecil.
“Bilal anak ummi sayang, Allah zahirkan kamu dalam hidup ummi dan abah begitu sempurna.
“Jika kekayaan yang nak dibandingkan maka kaulah yang paling berharga buat ummi dan abah.
“Jika keselesaan yang ditaruhkan. Tiada taruhan yang dapat dibandingkan dengan senyumanmu.
“Sungguh ini adalah hadiah yang Allah kurniakan dalam hidup ummi menjadi penyejuk mataku. Syukur yang tiada penghujung padaMu ya Allah,” tulisnya.
Untuk makluman, Neelofa dan PU Haris bergelar suami isteri yang sah dalam satu upacara akad nikah pada 27 Mac 2021.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu menimang dua cahaya mata, Muhammad Bilal Muhammad Haris (Sulung) dan putera kedua yang selamat dilahirkan dua hari lalu.
Sumber: Instagram Neelofa