Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Syarikat penstriman atas talian, Netflix dilapor bakal menawarkan harga pakej lebih murah, tapi turut memasukkan sekali ruangan iklan dalam penstrimannya, lapor CNBC.
Ketua pegawai eksekutifnya, Reed Hastings berkata, pertambahan iklan tersebut adalah bagi menampung harga pakej yang semakin murah serta kos yang tinggi.
Jelas Hastings, menawarkan pakej lebih murah kepada pelanggan sambil ‘diselangi’ dengan ruangan iklan, ia adalah sesuatu yang boleh dianggap logik.
“Sesiapa yang mengikuti Netflix pasti tahu betapa saya menentang sebarang iklan, selain saya sendiri lebih menyukai langganan yang memudahkan.
“Tapi minat macam mana pun, saya (tetap) memilih untuk berminat pada pilihan pengguna yang lebih besar.
“Membenarkan mereka menggunakan (pakej) harga rendah (dalam masa sama) bertolak ansur dengan iklan untuk berikan apa yang mereka mahu, ia sangat masuk akal,” katanya.
BACA JUGA: Ini 13 Dokumentari Jenayah Menarik Yang ‘Wajib’ Korang Tonton Di Netflix
Sementara itu, Netflix juga turut telah meningkatkan perbelanjaan terhadap kandungan penstriman dalam usaha menarik lebih ramai pelanggan.
Difahamkan, kos perkhidmatan rendah yang menggunakan iklan boleh mengekalkan sesetengah pengguna bagi mereka yang mementingkan harga.
Jelasnya, situasi awam yang berlaku di sekeliling juga turut mempengaruhi idea pertambahan iklan tersebut kerana segalanya berkaitan dengan kos.
“Persaingan semakin meningkat dengan pelancaran (pakej) oleh beberapa syarikat hiburan terdahulu baru-baru ini.
“Selain faktor perkongsian kata laluan profil yang berleluasa, serta pencerobohan Russia ke atas Ukraine turut memberi kesan terhadap langganan berbayar,” memetik CNBC.
Selain itu, Netflix juga turut membuat perubahan harga disebabkan syarikat itu telah kehilangan kira-kira 600,000 pelanggan di US dan Kanada.
“Ia juga sama seperti apa yang dilakukan oleh Disney dan HBO yang membuatkan saya tidak berfikir panjang, rupanya kaedah ini berkesan,” katanya.
Sumber: CNBC