Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kadangkala perkara paling kecil dalam rutin harian mampu menceriakan hari seseorang.
Itulah yang berlaku menerusi satu perkongsian di Threads apabila seorang pengguna berkongsi nama penghantar parcel yang dianggap cukup unik sehingga mengundang pelbagai reaksi lucu daripada warga maya.
Menerusi hantaran itu, pengguna @azzrxll berkongsi tangkap layar aplikasi penghantaran parcel J&T yang memaparkan nama penghantarnya sebagai Sayyidina Osman Bin Affan.
"Khalifah hantar parcel aku bai," tulisnya ringkas pada hantaran tersebut.
Perkongsian itu pantas mencuri perhatian netizen yang turut mengambil peluang berkongsi pengalaman mereka menerima perkhidmatan daripada individu yang mempunyai nama unik dan mencetuskan senyuman.
Menjengah ke ruangan komen, seorang pengguna, @bakal_penghuni_syurga, berkata dia pernah berurusan dengan ejen penapis air yang mempunyai nama sama.
"Ejen penapis air saya pulak nama ni. Banyak pahala dia bila dia call customer. Asbab nama dia, mengingatkan kita untuk selalu berselawat," kongsinya.
Sementara itu, seorang lagi pengguna, @nrnadzirh, berkongsi tangkap layar aplikasi ShopeeFood yang memaparkan nama penghantar makanan sebagai Anuar Ibrahim, sekali gus mengundang reaksi lucu.
"PMX hantarkan makanan," tulisnya berseloroh.

Tidak hanya itu, seorang lagi pengguna Threads, @emeraiqal, turut berkongsi pengalaman berbeza apabila akaun TikTok rasminya diikuti oleh akaun rasmi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Yang ni macam mana? Aku kena join UMNO ke apa ni," tulisnya secara berseloroh.
Ruangan komen dipenuhi pelbagai reaksi daripada netizen yang menganggap situasi tersebut sekadar kebetulan yang menghiburkan.
Ada juga yang berpendapat nama-nama yang membawa tokoh-tokoh terkenal atau pemimpin Islam secara tidak langsung mencetuskan perbualan positif, malah mengingatkan orang ramai kepada sejarah, pemimpin negara dan nilai-nilai yang baik.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan