Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Niat Asal Nak Tolong Ambulans, Tapi Lain Pula Yang Dibantu

niat tolong ambulans
Kredit: TikTok @roy2pai
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Niat Asal Nak Tolong Ambulans, Tapi Lain Pula Yang Dibantu

Sambutan Hari Raya merupakan sambutan yang sering dinantikan oleh ramai orang. Biasanya, waktu ini menjadi peluang kepada semua orang untuk pulang ke kampung bagi menyambut hari penuh kegembiraan bersama keluarga tercinta.

Bagi golongan perantau, peluang ini sememangnya digunakan sebaiknya untuk pulang ke kampung halaman.

Walaupun ada yang tersekat dalam kesesakan di jalan raya selama berjam-jam, semuanya sanggup diredah demi pulang ke pangkuan keluarga tercinta.

Biasanya, kesesakan teruk sedemikian sering tidak diketahui puncanya. Mungkin ada yang membawa kereta terlalu perlahan, mungkin ada juga yang memotong kenderaan dengan cara yang berbahaya dan macam-macam lagi.

Tidak dinafikan, kesesakan lalu lintas tanpa diketahui punca sebenar pasti membuatkan kita tertekan. Tambahan lagi dengan cuaca yang panas, rasa letih, mengantuk atau kelaparan.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok, @roy2pai berkongsi pengalaman meredakan punca yang menyebabkan berlaku kesesakan tanpa sengaja.

Niat asal nak tolong ambulans lalu

Melalui kiriman tersebut, lelaki yang menunggang sebuah motosikal berkuasa tinggi itu sebenarnya berniat untuk sebuah ambulans yang dalam kecemasan.

Rakaman itu jelas menunjukkan kesesakan teruk di sebuah lebuh raya membuatkan perjalanan ambulans berkenaan tersekat.

Atas dasar niat murninya, lelaki tersebut mula mengiringi ambulans berkenaan dengan membuka laluan di hadapan.

Namun, tanpa diduga, dia ditemukan dengan punca sebenar yang menyebabkan kesesakan teruk itu berlaku apabila berselisih dengan sebuah kereta yang tersadai di laluan kiri lebuh raya berkenaan.

Kredit: @roy2pai

“Niat nak tolong ambulans, tapi jumpa punca kesesakan pula,” tulisnya dalam kiriman tersebut.

Tanpa berfikir panjang, dia bergegas turun dari motosikal untuk membantu pemandu dengan menolak kereta tersebut ke pinggir jalan.

Kredit: @roy2pai

Menurutnya ketika ditanya SK, insiden ini berlaku di lebuh raya Karak sewaktu dia dalam perjalanan pulang dari Terengganu ke Selangor selepas pulang beraya di kampung.

Dalaman kiriman video tersebut, sebuah lagi motosikal turut berhenti dan penunggangnya turun menolak kereta itu ke tepi.

Niat murni tuai pelbagai reaksi dari netizen

Niat murni yang dikongsinya itu menerima pelbagai reaksi positif dari netizen.

“Besar pahala abang ni. Saya doakan motor sentiasa dalam keadaan terbaik, minyak sentiasa penuh, jalan sentiasa lengang untuk abang,” komen salah seorang pengguna.

“Motor besar, pahala pun besar,” komen seorang lagi.

“Pahala besar bantu orang, tunjuk contoh. Tetapi berhati-hati di jalan raya,” komen pengguna lain.

Sumber:@roy2pai