Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Olimpian Wanita Pertama Malaysia Meninggal Dunia

Iqbal Yasir
olimpian wanita pertama malaysia
Gambar: MOM

Ratu Trek, Olimpian Wanita Pertama Malaysia Meninggal Dunia

Atlet wanita pertama Malaysia yang mewakili dalam kejohanan Olimpik (Olimpian), Annie Choong dilaporkan meninggal dunia pada usia 90 tahun pada Sabtu, lapor Stadium Astro.

Mendiang yang merupakan ‘Ratu’ trek negara ketika berumur 22 tahun berjaya melayakkan diri 100m Sukan Olimpik Melbourne 1956 atas tiket Malaya.

Pencapaian lain mendiang Annie di pentas global termasuklah Sukan Asia 1954 di Manila serta Tokyo (1958).

Pada 2017, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memberikan pengiktirafan kepada mendiang setelah mengharumkan nama negara menerusi acara olahraga dengan namanya disematkan dalam Dewan Kemasyhuran.

Sumber: Stadium Astro

BACA: Anggota MALBATT Meninggal Dunia Di Lubnan

BACA: Bekas Atlet Angkat Berat Negara Che Mohd Azrol Meninggal Dunia