Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Operasi Bomba Terganggu, Hos Pemadam Kebakaran Dipotong Individu Tak Dikenali

Hos Pemadam Kebakaran Dipotong
Kredit: Detik

Anggota bomba dan pihak berkuasa Indonesia ketika ini sedang bertungkus lumus memadam kebakaran hutan dan tanah.

Bagaimanapun, sesuatu yang tidak terjangka berlaku di Sulawesi Utara pada Sabtu lalu apabila hos sepanjang 30 meter yang digunakan untuk memadam kebakaran dipotong individu tidak dikenali.

Ketua Dinas Komunikasi dan Informatika Kota Bitung, Altin Tumengkol berkata kejadian itu berlaku ketika pasukan bomba sedang menjalankan operasi memadamkan kebakaran di Kelurahan Girian Permai.

Hos pemadam kebakaran dipotong

Ketika anggota sedang memberi tumpuan memadamkan api, seorang individu tidak dikenali tiba-tiba bertindak memotong hos yang sedang digunakan dalam operasi tersebut.

“Panjang hos yang dipotong ialah 30 meter,” kata Altin.

Susulan kejadian itu, anggota bomba kini terpaksa menggunakan hos simpanan bagi meneruskan operasi pemadaman.

Kerajaan Kota Bitung pula belum dapat menggantikan hos yang rosak itu dalam masa terdekat kerana harga hos baharu mencecah sekitar Rp5 juta.

“Buat sementara waktu, pihak bomba menggunakan hos simpanan kerana harga hos baharu sekitar Rp5 juta, jadi ia masih belum dapat dibeli,” jelas Altin.

Pihaknya berharap polis dapat segera mengenal pasti individu yang bertanggungjawab memotong hos berkenaan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang.

“Kami berharap pelaku dapat segera ditemukan dan didakwa mengikut ketetapan undang-undang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Bitung, AKP Ahmad Anugrah Ari Pratama mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Polis juga telah menjalankan siasatan awal dengan mengambil keterangan daripada beberapa saksi bagi mengenal pasti individu yang terlibat.

Intipati
  • Hos bomba sepanjang 30 meter dipotong individu tidak dikenali ketika operasi pemadaman.
  • Kejadian berlaku di Kelurahan Girian Permai, Kota Bitung, Sulawesi Utara, Sabtu lalu.
  • Polis Bitung menerima laporan dan mengambil keterangan saksi untuk mengenal pasti individu terlibat.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan