Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

‘Oppa’ Park Seo Joon Datang Malaysia Tak Lama Lagi
Hasrat peminat tanah air untuk bertemu dengan pelakon terkenal Korea Selatan, Park Seo Joon bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.
Ia selepas jenama minuman kegemaran rakyat Malayasia, MILO bakal membawa bintang drama Itaewon Class itu ke Malaysia.
Menurut hantaran Twitter MILO, pihaknya akan membawa Seo Joon ke Malaysia pada bulan ini sebagai sebahagian daripada kempen #PSJSahabatMILO.
Difahamkan, sesi bertemu peminat dan penggemar MILO dengan Seo Joon akan diadakan pada 25 Februari ini di Sunway Pyramid. Bagaimanapun, peminat-peminat yang mahu bertemu dengan jejaka kacak tersebut perlu terlebih dahulu menyertai peraduan yang dianjurkan oleh MILO.
Menerusi peraduan itu, peminatnya perlu membeli produk MILO terpilih dengan nilai belian minimum RM 120 dalam satu resit. Kemudian, mereka perlu mengisi maklumat peribadi di ruang yang disediakan pada resit berkenaan. Seterusnya, mereka perlu menghantar gambar resit pembelian tersebut ke nombor yang disediakan pihak MILO.
Hanya 300 peminat bertuah yang terpilih menerusi peraduan berkenaan berpeluang untuk menyertai sesi minum MILO bersamanya. Bagaimanapun orang awam masih boleh menghadiri acara tersebut yang diadakan di Sunway Pyramid kelak.
Terdahulu, Seo Joon dilantik sebagai Sahabat MILO dan wajahnya terpampang pada pek pembungkusan produk tersebut yang dijual di seluruh negara.
Sebelum ini, beberapa orang artis terkemuka Korea Selatan turut dibawa ke negara ini atas pelbagai tujuan seperti mengadakan konsert dan juga sebaga duta.
Pada September 2022, anggota kumpulan JYJ, Kim Jae Joong tampil mengadakan konsert solo yang diadakan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Seterusnya, pada November tahun yang sama, sebuah jenama produk kecantikan telah menerbangkan pelakon popular, Song Ji Hyo ke Malaysia untuk bertemu dengan peminat tempatan.
BACA: DBKL ‘Angkut’ 11 Moto, Halang Laluan Pejalan Kaki LRT
BACA: “Nampak Pokok Buluh Macam Pintu Gerbang..,” Kisah 8 Orang Jadi Tahanan Di Bukit Luruh, Terpaksa Bergadai Nyawa Untuk Hidup
BACA: USAHANITA Melahirkan Lebih Ramai Usahawan Wanita Bumiputera Menerusi Program Jelajah KONVENITA
Sumber: MILO