Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Opsyen Opt-Out LINDUNG 24 Jam: Ini Cara Pilih Sertai, Tidak Sertai Skim
Seperti yang diketahui, caruman Skim LINDUNG 24 Jam (Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja - SKBBK) di bawah PERKESO tidak lagi diwajibkan untuk pekerja tempatan.
Menerusi kenyataan yang dimaklumkan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), pencarum atau pekerja mempunyai hak untuk memilih sama ada ingin meneruskan perlindungan atau membuat opt-out (tidak menyertai) skim tersebut bermula 13 Julai hari ini.
Bagaimanapun, pelaksanaan LINDUNG 24 Jam kekal mandatori bagi pekerja asing.
Buat mereka yang masih keliru mengenai pemakluman ini, SK kongsikan cara untuk orang ramai di luar sana sama ada memilih menyertai atau tidak menyertai skim ini secara dalam talian.
Pencarum yang tidak berhasrat untuk meneruskan penyertaan dalam Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (LINDUNG 24 Jam) kini boleh memilih untuk dikecualikan atau melakukan pilihan opt-out dengan melengkapkan perakuan pelepasan liabiliti.
Bermula 13 Julai hingga 31 Ogos 2026, pencarum perlu membuat pilihan bagi Opsyen Menyertai atau Opsyen Tidak Menyertai skim berkenaan.
Bagi pencarum yang memilih untuk menyertai, mereka akan terus menikmati perlindungan di bawah Skim LINDUNG 24 Jam.
Manakala pencarum yang memilih untuk tidak menyertai perlu melengkapkan Perakuan Pelepasan Liabiliti bagi tujuan pengecualian daripada skim tersebut.
Layari laman web lindungfaedah.perkeso.gov.my
Pilih sama ada Opsyen Menyertai Skim LINDUNG 24 Jam atau Opsyen Tidak Menyertai Skim LINDUNG 24 Jam.
Bagi pencarum yang memilih untuk tidak menyertai, lengkapkan Perakuan Pelepasan Liabiliti seperti yang ditetapkan.
Pastikan pilihan dibuat dalam tempoh yang diberikan bagi memastikan status penyertaan LINDUNG 24 Jam dapat dikemas kini dengan tepat.
Sekiranya tiada notis pilihan diterima sehingga 31 Ogos 2026, penyertaan anda akan diaktifkan secara automatik sebagai menyertai.


Untuk makluman, LINDUNG 24 Jam diperkenalkan untuk memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja yang layak semasa tempoh penggajian, termasuk perlindungan bagi kemalangan yang berlaku di luar waktu kerja yang tidak berkait langsung dengan penggajian ataupun pekerjaan.
Perlindungan secara menyeluruh bagi kemalangan yang tidak berkait dengan pekerjaan
Tempoh masa perlindungan 24 jam sehari kepada pekerja
Pembiayaan kos rawatan perubatan oleh PERKESO.
Semoga bermanfaat.